CLOUDFLARE DAN IBM BEKERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN PRESTASI DARIPADA AWAN HINGGA PING
- tuntastinta
- Mar 19, 2018
- 2 min read
Pelanggan IBM yang menggunakan awan awam, peribadi, atau hibrid boleh mengawal keselamatan dan prestasi di pinggir rangkaian SAN FRANCISCO, Calif., 15 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat prestasi dan keselamatan Internet terkemuka hari ini mengumumkan kerjasama dengan IBM yang akan menawarkan manfaat pengkomputeran pinggir Cloudflare kepada pelanggan syarikat IBM. Dengan kerjasama ini, IBM menjadi penjual nilai tambah suite perkhidmatan keselamatan dan prestasi pinggir Cloudflare yang sah. Penyelesaian Cloudflare boleh digunakan dalam persekitaran pelanggan IBM, termasuk awan awam, peribadi, hibrid, atau di premis. Melalui kerjasama ini, IBM bercadang untuk melancarkan Perkhidmatan Internet Awan IBM, kedai sehenti untuk perkhidmatan rangkaian pinggir perusahaan. Perkhidmatan Internet Awan IBM direka untuk membolehkan pelanggan melindungi dan mempercepat hak milik Internet mereka—domain, aplikasi dan API—dengan lebih mudah menerusi penyepaduan Cloudflare ke dalam konsol Awan IBM. Ancaman keselamatan semakin besar dan kompleks hari demi hari, tetapi keselamatan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk perusahaan memasuki awan. Perusahaan mahukan strategi keselamatan awan dan pinggir yang memberikan perlindungan dan prestasi terbaik. Dengan Perkhidmatan Internet Awan IBM, dengan beberapa klik sahaja perusahaan boleh memperolehi manfaat rangkaian global Cloudflare yang besar dan DDoS, WAF, DNS teras serta penyelesaian cache web di satu tempat tanpa bergantung pada berbilang vendor. “Kini, pelanggan perusahaan IBM boleh fokus pada inovasi dan tidak perlu bimbang tentang isu prestasi atau keselamatan,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Kami mengagumi pengalaman IBM yang mendalam dan luas dengan perusahaan terbesar di dunia. Tawaran ini adalah langkah pertama yang baik untuk kami bekerjasama.” “Ancaman siber semakin sofistikated dan kerap berlaku hari demi hari, tetapi perusahaan tidak perlu mengorbankan prestasi untuk mengekalkan keselamatan aplikasi mereka yang menggunakan Internet,” kata John Considine, Pengurus Besar Infrastruktur Awan IBM. “Perkhidmatan Internet Awan IBM menggabungkan keupayaan awan bernilai tinggi IBM dan rangkaian pintar aktif Cloudflare untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan kami.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10941
Comments