top of page
Search

MCDONALD'S MENJADI SYARIKAT RESTORAN PERTAMA YANG MENETAPKAN SASARAN BERDASARKAN SAINS YANG DILU

  • tuntastinta
  • Mar 21, 2018
  • 1 min read

McDonald's Dijangka Menghalang Pelepasan 150 Juta Tan Metrik Gas Menjelang 2030 OAK BROOK, Ill., 21 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pemberi francais dan pembekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada restoran dan pejabat McDonald's sebanyak 36% menjelang 2030 bermula dari tahun dasar 2015 dalam strategi baharu untuk menangani perubahan iklim global. Tambahan lagi, McDonald's mengikat janji untuk mengurangkan keamatan pelepasan gas sebanyak 31% (per tan metrik makanan dan pembungkusan) di seluruh rantaian pembekalnya menjelang 2030 daripada tahap 2015. Gabungan sasaran ini telah diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berdasarkan Sains(SBTi). Melalui tindakan ini, McDonald's dijangka untuk menghalang pelepasan 150 juta tan metrik gas rumah hijau ke atmosfera menjelang 2030. Jumlah ini bersamaan dengan mengeluarkan 32 juta kereta penumpang dari jalan selama setahun atau menanam 3.8 bilion batang pokok dan membiarkannya membesar selama 10 tahun. Sasaran ini akan membolehkan McDonald's berkembang sebagai perusahaan tanpa meningkatkan pengeluaran gas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10956

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page