DOKUMENTARI BAHARU MENINGKATKAN KESEDARAN KRISIS AIR GLOBAL KETIKA 844 JUTA ORANG MASIH TIDAK MENDAP
- tuntastinta
- Mar 22, 2018
- 2 min read
P&G dan Dokumentari National Geographic Memaparkan Bagaimana Kehidupan Berubah dengan Air Bersih Kebanyakan rakyat Amerika memandang rendah impak daripada krisis air global demikian menurut penyelidikan baharu CINCINNATI, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Program Air Minuman Bersih Kanak-kanak (CSDW) yang tidak mencari keuntungan oleh Procter & Gamble (P&G) dan National Geographic sedang berusaha meningkatkan kesedaran tentang krisis air global dengan penghasilan satu dokumentari baharu dan tinjauan kebangsaan bersempena dengan Hari Air Sedunia. Dokumentari itu, yang bertajuk “Kuasa Air Bersih,” menyusuli kehidupan tiga orang wanita dan keluarga mereka, memberikan perspektif secara langsung mengenai cabaran harian untuk mengakses air minuman yang bersih. Ketika filem itu ditayangkan, penonton dapat menyaksikan bagaimana paket Penulen Air P&G, yang diedarkan oleh rakan kongsi ChildFund di Indonesia, CARE International di Kenya dan World Vision di Mexico, telah membantu mengubah masyarakat ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180319005689/en/
Kesedaran global terhadap krisis air semakin meningkat, tetapi di Amerika Syarikat, ramai yang masih tidak menyedari betapa ramai orang yang bergelut dengan realiti harian yakni tidak mempunyai akses kepada air bersih, sesuatu yang ingin diterokai oleh P&G dengan memberikan kuasa untuk menjalankan satu tinjauan baharu yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan dokumentari itu. Penemuan tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna bimbang tentang keselamatan air minuman mereka, tetapi tidak tahu bahawa kira-kira 1 dalam 10 orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada air minuman yang bersih. Di samping itu, satu dalam empat memandang remeh jumlah orang yang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit bawaan air. Penemuan tinjauan selanjutnya menonjolkan bahawa rakyat Amerika sebahagian besarnya tidak menyedari tentang kemajuan yang telah dicapai setakat ini untuk menangani krisis air global. Hampir 70 peratus daripada responden percaya bahawa krisis itu telah kekal sama atau menjadi semakin buruk, dengan hampir satu daripada empat mengatakan bahawa masalah itu telah menjadi lebih teruk. Pada hakikatnya, usaha dunia untuk menyelesaikan krisis itu sedang berjalan. Sebanyak 2.6 bilion orang telah mendapat akses kepada air bersih dalam tempoh 25 tahun yang lalu tetapi masih terdapat 844 juta orang yang belum dicapai. Ketua Pegawai Jenama P&G, Marc Pritchard, berkongsi hasil tinjauan itu hari ini sebelum penayangan pertama "Kuasa Air Bersih" pada 21 Mac. "Di beberapa tempat di dunia, kita membuat anggapan mengenai ketersediaan kemudahan air bersih. Penduduk di negara-negara seperti Mexico, Indonesia dan Kenya berjuang bagi mencari air bersih untuk diminum. Dan tanpa air minuman yang bersih, ia adalah lebih sukar untuk memastikan anak-anak mereka sihat, membolehkan mereka mendapatkan pendidikan dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka," kata Pritchard. "Matlamat kami, dengan kerjasama National Geographic, adalah untuk berkongsi kisah-kisah ini tentang kuasa air bersih dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat perubahan dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian itu."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10952
Comments