top of page
Search

IC PEMACU MOTOR KIPAS BRUSHLESS TIGA FASA BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI SATU FUNGSI KAWALAN KELAJUAN PUTA

  • tuntastinta
  • Apr 2, 2018
  • 2 min read

TOKYO, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") hari ini mengumumkan pelancaran "TC78B025FTG," sebuah IC pemacu motor brushless tiga fasa dengan sebuah fungsi kawalan kelajuan putaran (kawalan gelung tertutup), untuk aplikasi di dalam kipas kecil yang digunakan dalam peralatan rumah dan peralatan perindustrian. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula dari April. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180328006271/en/ Kipas penyejuk yang digunakan di dalam pelayan dan lain-lain harus bersaiz kecil dan berputar pada kelajuan tinggi dengan ketepatan yang seragam. Keseragaman dapat dicapai dengan menggunakan sebuah kaedah maklumat balas-kelajuan untuk menahan turun naik di dalam kelajuan putaran yang disebabkan oleh perubahan dalam voltan bekalan kuasa dan beban. Sehingga kini, ini memerlukan penggunaan mikrokomputer, tetapi penyelesaian baharu Toshiba mencapai kawalan kelajuan putaran yang fleksibel tanpa mikrokomputer luaran dengan memasukkan sebuah memori tak meruap (NVM). Ini juga membolehkan konfigurasi sistem mudah. Di samping itu, TC78B025FTG melaksanakan sebuah sistem pemacu 1-Hall dan sistem penyingkiran perintang deria arus untuk mengurangkan bilangan komponen luaran dan menyumbang kepada penjimatan ruang pada papan pemuka. Rintangan ON rendah yang terkemuka dalam industri[1] (0.2Ω (jenis) (jumlah bahagian tinggi dan rendah)) mengurangkan pemanasan diri IC semasa operasi, sekali gus memanjangkan sokongan kepada pemacu arus yang besar. Ciri-ciri utama • Fungsi kawalan kelajuan putaran terbina dalam (kawalan gelung tertutup) Kawalan kelajuan putaran menggunakan kaedah maklumat balas-kelajuan untuk menahan turun naik kelajuan putaran yang disebabkan oleh perubahan dalam voltan bekalan kuasa dan beban. IC memori tak meruap (NVM) menyokong pelbagai julat kelajuan, dari ratusan sehingga puluhan ribu putaran bagi setiap minit. • Penjimatan ruang papan pemuka dan pengurangan saiz Pemasangan di ruang papan pemuka yang sempit bagi kipas kecil dilakukan dengan menggunakan sebuah pakej kecil (4mm × 4mm). Pemacu 1-Hall dan sistem bebas perintang pengesanan arus (ACDS [2]) mengurangkan komponen luaran. • Pemacu kecekapan tinggi Teknologi pemacu motor Toshiba (InPAC [3]) merealisasikan kecekapan pemacuan merentasi suatu julat putaran yang luas tanpa beban pelarasan. Di samping itu, memandangkan rintangan ON output adalah serendah 0.2Ω (jenis), pelesapan diri semasa operasi IC boleh dikurangkan untuk mencapai pemacu yang berkecekapan tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10980

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page