WILAYAH SHIGA AKAN MELANCARKAN VIDEO PR "JELAJAH MASAKAN PREMIUM SHIGA JEPUN" DALAM LIMA B
- tuntastinta
- Apr 2, 2018
- 2 min read
OTSU, Jepun, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan Wilayah Shiga telah menghasilkan "Jelajah Masakan Premium Wilayah Shiga," sebuah video publisiti yang mempromosikan daya tarikan Daging Lembu Omi, satu daripada tiga jenama daging lembu "wagyu" yang utama di Jepun. Ia akan diposkan di YouTube dalam lima bahasa -- Bahasa Inggeris, Cina (kedua-dua bahasa tradisional dan dipermudahkan), Korea dan Thai -- pada Jumaat, 30 Mac, 2018. Video ini menjejaki semula satu acara, bertajuk satu "Pengembaraan untuk Menikmati Sepenuhnya Daging Lembu Omi di Wilayah Shiga," yang telah diadakan pada Disember tahun lepas untuk mempromosikan Daging Lembu Omi dan tempat-tempat lawatan di Shiga dengan menjemput pengusaha pelancongan dari Hong Kong dan Singapura ke wilayah barat Jepun itu. Lawatan empat hari itu bukan sahaja menampilkan semua jenis gourmet Daging Lembu Omi – yang mencakupi dari periuk panas shabu-shabu dan sukiyaki kepada stik hamburg dan stik daging lembu -- tetapi juga tarikan pelancong di Wilayah Shiga. Ia termasuk sebuah pelayaran di Tasik Biwa, tasik terbesar di Jepun; resort mata air panas di Ogoto Onsen, yang mempunyai sejarah hampir 1,200 tahun; Tokong Enryakuji di Gunung Hiei, sebahagian daripada sebuah tapak Warisan Dunia; dan Istana Hikone, satu daripada istana terkenal di Jepun. Video itu mengandungi ulasan oleh peserta pada akhir lawatan itu, seperti "Tasik Biwa sangat cantik! Saya mahu datang lagi ke sini. Daging Lembu Omi sangat lazat!" dan "Daging Lembu Omi shabu-shabu terasa sangat hebat!" Daging Lembu Omi setakat ini telah dieksport ke Macau, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan Myanmar serta Taiwan, yang baru sahaja menyertai senarai destinasi eksport pada Oktober tahun lepas. Wilayah Shiga telah menganjurkan lawatan pemantauan dengan menyasarkan Hong Kong dan Singapura, di mana wagyu menarik banyak perhatian dan sebilangan besar bakal pembeli jika dibandingkan dengan negara lain, untuk mengadakan sebuah lawatan yang menggabungkan Daging Lembu Omi dan tempat-tempat bersiar di wilayah itu, yang bertujuan untuk mengembangkan permintaan bagi pelancongan ke dalam negara melalui Kyoto, menarik pelawat ke Shiga dan meningkatkan penggunaan Daging Lembu Omi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10986
Comments