top of page
Search

CROWNBIO BAKAL MEMPAMERKAN KEPAKARAN SAINTIFIK DALAM PEMBANGUNAN UBAT PRAKLINIKAL DI PERSIDANGAN PER

  • tuntastinta
  • Apr 6, 2018
  • 1 min read

SAN DIEGO, 5 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, anak syarikat milik penuh Crown Bioscience International (TWSE:6554) dan juga syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme akan mempamerkan kepakaran saintifik mereka di Persidangan Antarabangsa Persatuan Kajian Kanser Amerika (AACR) di Chicago, IL pada 14 – 18 April tahun ini. Saintis CrownBio akan mempersembahkan lebih daripada sedozen poster saintifik yang menerangkan usaha terbaru mereka dalam merevolusikan pembangunan praklinikal untuk rawatan kanser. Poster saintifik ini akan mendemonstrasikan gabungan kuasa platform onkologi bersepadu CrownBio untuk memajukan rancangan onkologi menggunakan koleksi xenograf terbitan pesakit (PDX) menyeluruh, model tumor genetik manusia inovatif dan kultur ex vivo tiga dimensi yang mengikhtisarkan mikropersekitaran tumor in vivo. Usaha yang ditampilkan akan menunjukkan data daripada model baharu yang membolehkan penilaian tepat untuk terapeutik kanser baharu, termasuk bi-specific T-cell engagers (BiTEs), imunoterapi kanser bersasar dan imunoterapi gabungan. “Saya teruja untuk berkongsi kajian terbaru Crown Bioscience dengan rakan-rakan di AACR,” kata Dr. Henry Li, Naib Presiden Onkologi Translasi Crown Bioscience. “Data yang disampaikan akan mempamerkan kegunaan penyelesaian kami yang relevan secara klinikal untuk mengenal pasti penanda bio penting dan meningkatkan penilaian praklinikal terapi kanser.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11004

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page