Search
AIBIM PROMOSI PEMBIAYAAN PERDAGANGAN ISLAM DI MIHAS 2018
- tuntastinta
- Apr 7, 2018
- 1 min read

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) sebagai penyelaras penyertaan institusi Perbankan Islam di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2018 optimis tentang penghebahan informasi berkenaan pembiayaan perdagangan Islam kepada para peserta dan pengunjung MIHAS 2018. Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula pada 4 April 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur telah menyaksikan penyertaan lebih daripada seribu peserta pameran tempatan dan antarabangsa yang mempromosikan produk-produk halal dari pelbagai industri termasuklah kewangan Islam, kosmetik, makanan dan sebagainya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11007
Comments