DAME MAGGIE SMITH DAN PELAKON-PELAKON FILEM HARRY POTTER YANG LAIN SERTAI JAM CITY HARRY POTTER: HOG
- tuntastinta
- Apr 9, 2018
- 1 min read
Permainan akan Dilancarkan pada Rabu, 25 April LOS ANGELES, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jam City: Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51783000&lang=en Siapa: Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment. Apa: Pelakon-pelakon dari filem Harry Potter akan menyediakan suara latar untuk Jam City Harry Potter: Hogwarts Mystery. Satu senarai lengkap bagi pelakon-pelakon yang menyediakan suara latar untuk permainan itu termasuk: Dame Maggie Smith (Profesor McGonagall) Michael Gambon (Profesor Dumbledore) Warwick Davis (Profesor Flitwick) Sally Mortemore (Puan Irma Pince) Gemma Jones (Puan Pomfrey) Zoe Wanamaker (Puan Hooch)Tarikh pelancaran global untuk Harry Potter: Hogwarts Mystery telah disahkan pada Rabu, 25 April di iOS dan Android. Di mana: Los Angeles, California Petikan: "Saya sangat gembira kerana terlibat di dalam pembikinan Harry Potter: Hogwarts Mystery kerana ia adalah satu cara terbaik untuk berhubung dengan satu generasi baharu peminat dan mengingatkan mereka bahawa Profesor McGonagall masih merupakan pegawai yang berkuasa," kata Dame Maggie Smith. "Matlamat kami dengan Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah untuk membuat pemain buat kali pertama merasa mereka benar-benar menghadiri Hogwarts," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City. "Dengan memasukkan pelakon-pelakon ikonik dan sangat berbakat ini di dalam permainan itu, kami sudah melangkah setapak lagi di dalam benar-benar memberikan kepada peminat suatu pengalaman Hogwarts mereka yang tersendiri." Aset: Untuk memuat turun aset-aset sokongan bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery, sila layari: https://app.box.com/v/HPHogwartsMystery-TalentReveal
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11006
Comentarios