top of page
Search

STERLING AND WILSON MERANCANG PROJEK PV SOLAR 300 MW DI VIETNAM

  • tuntastinta
  • Apr 11, 2018
  • 2 min read

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 10 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sterling and Wilson, satu daripada syarikat EPC Solar yang terkemuka di dunia, sedang merancang untuk membina loji-loji PV Solar 300 MW di Vietnam menjelang Jun 2019. Projek-projek ini akan dibina untuk pemaju-pemaju terkemuka di Vietnam yang mana syarikat itu sedang mengadakan perundingan lanjut, dan akan menarik pelaburan sebanyak USD 250 juta. Setelah dibina, projek-projek ini akan menghasilkan 270 juta unit setiap tahun dan dengan itu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 250000 tan setahun. Sterling and Wilson akan mengambil bakat-bakat tempatan untuk membina dan menyelenggara projek-projek solar, dan dengan itu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi. Ia mempunyai rancangan untuk menjana pekerjaan bagi hampir 600 hingga 700 orang semasa pembinaan dan 50 orang semasa fasa penyenggaraan bagi tempoh 20 tahun. Sterling and Wilson telahpun membuat kehadiran yang luar biasa di Asia Tenggara dengan lebih daripada 50 MWp loji PV solar yang berjaya beroperasi di Filipina yang menjanakan hampir 30,000 rumah pada hari ini, dan satu lagi projek 60 MWp yang sedang menunggu fasa pentauliahan di Bangladesh. Bikesh Ogra, Ketua Pegawai Eksekutif – Tenaga yang boleh Diperbaharui dan Penyimpanan Tenaga, Sterling and Wilson, berkata, "Vietnam adalah satu daripada ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dengan peningkatan tahunan hampir 8 hingga 10 peratus di dalam penggunaan tenaga oleh industri yang merupakan pengguna elektrik terbesar di negara itu. Kerajaan sedang mensasarkan 0.8 GW bagi tenaga solar menjelang tahun 2020 yang mana pakar-pakar berpendapat mempunyai potensi 7 GW bagi projek solar dalam keadaan sekarang. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pemaju-pemaju terkemuka untuk menyertai matlamat yang lebih besar bagi membawa tenaga yang bersih dan mampu dimiliki kepada rakyat Vietnam." Sterling and Wilson merupakan satu daripada syarikat EPC Solar yang terkemuka di dunia. Ia mempunyai hampir 5GW bagi portfolio solar di dalam pelbagai geografi termasuk India, Filipina dan Afrika Selatan. Ia sedang membina 1177 MWp loji PV Solar di Abu Dhabi yang merupakan satu-satunya lokasi tunggal yang terbesar di dunia bagi loji PV Solar setakat ini. Ia juga sedang membina beberapa projek di Zambia, Mesir, Namibia, Niger, Jordan, Argentina dan Maghribi. Sterling and Wilson adalah sebuah kuasa besar yang mempunyai lebih daripada 4000 jurutera, pengurus projek dan pereka yang berkelayakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11015

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page