top of page
Search

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MEMPEROLEH SYARIKAT PENERBITAN DALAM TALIAN BUSINESSBECAUSE YA

  • tuntastinta
  • Apr 13, 2018
  • 2 min read

Pemerolehan menyokong misi Majlis untuk membina rancangan yang lebih hebat untuk pelajar prospektif melalui penglibatan penceritaan yang menyerlahan pengalaman pelajar dan nilai pengajian pendidikan pengurusan RESTON, Va., 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global telah memperoleh syarikat penerbitan dalam talian BusinessBecause yang bertapak di UK. Selari dengan misinya, GMAC komited secara aktif untuk menyediakan penyelesaian baharu untuk membantu calon dan sekolah mengenal pasti, menilai dan berhubung antara satu sama lain. Dianggarkan pada satu-satu masa, lebih daripada dua juta calon mempertimbangkan pengajian pendidikan dalam pengurusan. Namun, sebahagian besar mengabaikan pencarian mereka separuh jalan, yang mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk meneruskannya. Pemerolehan ini mewakili pengembangan portfolio produk dan perkhidmatan GMAC dalam membantu memupuk calon sepanjang perjalanan mereka. Dengan maklumat yang lebih banyak sebagai panduan, pelajar prospektif mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada saat mereka mempertimbangkan pengajian ijazah hingga ke saat mereka masuk ke fasa permohonan. Kandungan menarik yang diterbitkan oleh BusinessBecause akan membantu pelajar-pelajar ini untuk mengenal pasti sekolah yang sesuai semasa fasa pertimbangan dan pemilihan yang kritikal dalam perjalanan mereka. Penceritaan yang BusinessBecause terbitkan mengabadikan kehidupan pelajar, peluang kerjaya serta inovasi dan trend sekolah, semua yang mampu menginspirasikan dan mengurangkan jumlah pelajar prospektif yang mungkin mengabaikan pencarian mereka separuh jalan. “BusinessBecause telah membina reputasi kukuh untuk membantu sekolah perniagaan menunjukkan apa yang menjadikan mereka unik kepada calon dan menyediakan maklumat yang berguna kepada calon dalam perjalanan mempertimbangkan pengajian pendidikan pengurusan,” kata Betty Su, Ketua Pegawai Pemasaran di GMAC. “Platform mereka bukan hanya membantu sekolah untuk menonjol, ia juga menyokong matlamat kami dalam memastikan tiada bakat dibiarkan tidak ditemui. Melalui pemerolehan ini, GMAC merancang untuk memelihara sumbangan positif yang mereka berikan pada komuniti pengajian pendidikan pengurusan dan melaburkan sumber tambahan untuk sekolah dan calon.” BusinessBecause akan beroperasi sebagai subsidiari yang berasingan dan mengekalkan kebebasan editorial dan kreativiti. GMAC akan membekalkannya dengan sumber yang diperlukan untuk menskalakan operasinya. Hal ini akan membenarkan BusinessBecause untuk mencapai kumpulan sekolah yang lebih besar yang mungkin mendapat kebaikan daripada perkhidmatan ini, dan sebagai hasilnya, membantu jumlah calon yang lebih ramai untuk mengenal pasti dan menilai sekolah yang paling sesuai untuk mereka. “Kami teruja untuk bekerja dengan Graduate Management Admission Council,” kata Kate Jillings, pengasas bersama BusinessBecause. “Apabila pengasas bersama saya, Maria Ahmed dan Sian Morley-Smith, serta saya sendiri melancarkan BusinessBecause pada 2009, matlamat kami adalah jelas dan mudah: menghubungkan calon sekolah perniagaan, sekolah perniagaan, pelajar perniagaan dan majikan. Dengan kerjasama dengan GMAC, kami akan dapat mengembangkan dan menerbitkan lebih banyak cerita serta maklumat yang relevan dan berguna dalam memilih sekolah perniagaan dan mencari kerjaya yang memuaskan.” Pemerolehan selesai pada 10 April 2018.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11028

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page