ABERDEEN PERKENALKAN GLOBAL DIVERSIFIED GROWTH FUND
- tuntastinta
- Apr 18, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Aberdeen Asset Management Sdn Bhd hari ini, melancarkan strategi multi-aset pelbagai pertamanya di Malaysia melalui Aberdeen Global Diversified Growth Fund.
Dana pengantara itu, yang melabur di dalam dana berpangkalan di Luexembourg, tersedia melalui pengantara untuk pelabur yang arif di Malaysia dan pada masa ini diedarkan melalui Standard Chartered Bank Malaysia Bhd.
Dalam satu kenyataan, Ketua Negara untuk Malaysia, Gerald Ambrose, berkata pendekatan Aberdeen terhadap multi-aset membolehkan pelabur membina kepelbagaian bagi keseluruhan portfolio pelaburan dalam bentuk yang lebih mudah.
“Berbanding yang lain, dana kepelbagaian besar berpangkalan di Luxemborg ini menekankan kepada ketidak tentuan yang rendah dan mengelakkan derivatif yang kompleks, menjadi tarikan kepada pelabur arif yang mencari ruang menjana pertumbuhan jangka panjang disamping mempertahankan portfolio mereka pada waktu berlaku tekanan pasaran,” katanya.
Katanya, ia juga akan menyediakan akses kepada bidang pelaburan unik seperti bon bencana, pajakan pesawat dan pinjaman korporat, yang mana ia lazimnya diakses melalui struktur tertutup
“Emosi pelabur Malaysia sedang berkembang pesat dan terdapat peningkatan serta lebih banyak permintaan canggih terhadap aset, melebihi ekuiti dan bon
“Pasaran bagaimanapun, boleh menjadi kompleks dan tidak menentu. Kehadiran kami di sini adalah untuk membolehkan pelanggan memanfaatkan faedah kepelbagaian yang tulen dan navigasi fleksibel melalui kerumitan bersandarkan strategi multi-aset yang berkesan dan ringkas,” kata Ambrose.
Aberdeen Asset Management Sdn Bhd dimilik sepenuhnya oleh Aberdeen Asset management plc, yang dipegang oleh Standard Life Aberdeen plc, sebuah syarikat pelaburan global terkemuka.
-- BERNAMA
Comments