top of page
Search

UMW BANTU PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR BATU PAHAT MELALUI KEMBARA MSAM-UMW 2018

  • tuntastinta
  • Apr 19, 2018
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) – Konvoi 15 kenderaan pacuan empat roda yang membawa 45 sukarelawan UMW (UMW Community Champions) menyertai Kembara MSAM-UMW 2018, mengembara kira-kira 110 kilometer ke kampung-kampung terpilih di Batu Pahat, Johor dari 7 hingga 9 April.

Kembara itu untuk membantu orang asli, warga emas dan keluarga miskin, bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018.

Konvoi itu telah dilepaskan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dr Noraini Ahmad, Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan (Pengurusan Aset) Permodalan Nasional Berhad Datuk Idris Kechot serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad Badrul Feisal Abdul Rahim.

Sukarelawan berkenaan yang terdiri dari pelatih Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan kakitangan UMW dari Shah Alam telah mengagihkan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gandum dan gula kepada penduduk kampung.

“Satu gotong-royong juga telah diadakan di Kampung Sri Merlong di Rengit dan Kampung Nelayan Sri Pantai di Senggarang pada hari kedua, dengan memberi bantuan kepada 50 orang keluarga asli, kebanyakan mereka adalah nelayan dan 200 keluarga yang kurang bernasib baik.

“Di sana, sukarelawan telah membantu membina sebuah pondok untuk keluarga yang kurang bernasib baik dan juga membantu mengecat jeti, bot dan dewan komuniti. Mereka juga menyumbang minyak enjin Grantt keluaran UMW untuk para nelayan.

“Kembara MSAM-UMW juga telah mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Parit Raja, dan Penggaram, serta pusat warga emas di Penggaram. Kira-kira 400 pelajar dan golongan kurang bernasib baik mendapat manfaat daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini,” kata UMW Corporation dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu adalah sebahagian dari sokongan berterusan UMW terhadap komuniti yang kurang bernasib baik di negara ini di bawah tunggak pembangunan komuniti di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pendidikan dan tunggak alam sekitar.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page