YPO MENGALU-ALUKAN PENAJA MINGGU INOVASI YPO 2018
- tuntastinta
- Apr 25, 2018
- 1 min read
DALLAS, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan utama ketua eksekutif terulung di dunia mengumumkan pada hari ini bahawa Techstars telah turut serta sebagai penaja emas manakala Geniecast, Emplify dan Telluride ialah penaja perak Minggu Inovasi YPO 2018. Penaja Minggu Inovasi YPO menawarkan maklumat bernilai, hubungan penting dan kepakaran yang disegani, yang memacu inisiatif inovasi terbesar dan berimpak ini. “Minggu Inovasi YPO menyatukan tokoh paling inovatif dan unik dari seluruh dunia,” kata CEO YPO, Scott Mordell. “Kami gembira menjalin kerjasama dengan organisasi dan syarikat berprestij serta berpandangan jauh untuk membantu meningkatkan pengalaman minggu ini untuk ahli kami dan membawa inovasi ke tahap yang lebih tinggi.” Sepanjang minggu 7-11 Mei 2018, YPO akan mengehoskan acara inovasi yang merentas seluruh dunia dari Sydney, Australia ke London, England; Santo Domingo, Republik Dominican ke Palo Alto, California, USA dan Nairobi, Kenya, serta banyak lagi. Misi Minggu Inovasi YPO adalah untuk memacu inovasi dan transformasi merentasi pelbagai jenis industri dan sektor yang pelbagai menerusi acara pengenalan, siaran video interaktif secara langsung dan acara strim secara langsung merentasi lebih daripada 30 negara. Pemimpin perniagaan dan ahli fikir perintis akan berinteraksi dalam forum selama seminggu, membincangkan inovasi paling penting yang mempengaruhi perniagaan hari ini, termasuk realiti imbuhan dan maya, pengimejan digital, boleh pakai, rumah pintar, sensor dan banyak lagi. “Kami mengalu-alukan rakan kongsi berprestij ini dan penyertaan mereka dalam Minggu Inovasi YPO 2018,”ujar Pengerusi Minggu Inovasi YPO, Keith Alper. Melalui Dengan sumbangan mereka, kami mampu mengubah pemikiran konvensional dan mendorong tokoh perniagaan untuk memacu masa hadapan.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11070
留言