top of page
Search

MEDICCOIN MENDEDAHKAN STRATEGI PENERIMAAN ANTARABANGSA DENGAN MENGINTEGRASI TEKNOLOGI BLOCKCHAIN KE

  • tuntastinta
  • Apr 26, 2018
  • 2 min read

Strategi memfokus pada meningkatkan kesihatan manusia melalui ganjaran yang dikuasakan oleh blockchain, memajukan penyelidikan saintifik dan derma amal NEW YORK, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- MedicCoin, kripto pacuan komuniti yang memfokus kepada meningkatkan kehidupan berjuta kehidupan di seluruh dunia, hari ini menyediakan pelan tindakan yang pelbagai untuk penerimaan global sambil mengulangi inovasi praktikal yang membezakan MedicCoin untuk kegunaan seharian. Memperkenalkan Berbilang Cara untuk Memperoleh Kripto sebagai Ganjaran untuk Pilihan Positif Pengasas MedicCoin membayangkan penggunaan teknologi blockchain untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik untuk semua manusia. Perkara penting untuk kekal dalam visi ini ialah dengan memastikan orang ramai di seluruh dunia mampu menyertai komuniti MedicCoin tanpa kemahiran teknik yang tinggi atau peralatan perlombongan yang mahal. Menjalani Gaya Hidup Aktif Hanya dengan memasang apl MedicWalk dan kekal aktif, sesiapa sahaja akan dapat memiliki MedicCoin. MedicWalk akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu akan datang. Mendermakan Kuasa Komputer yang Tidak Digunakan kepada Program Penyelidikan Penyakit Universiti Stanford MedicCoin menawarkan peluang untuk memiliki syiling dengan mendermakan kuasa komputer kepada program Folding@home Universiti Stanford, yang membantu ahli sains menyelesaikan pengiraan komputer yang berkaitan untuk mencari penawar untuk Alzheimer, Parkinson, Huntington, pelbagai jenis kanser dan jenis-jenis penyakit lain. Mengikut Arahan Doktor Kegagalan untuk melengkapkan regimen perubatan adalah biasa berlaku dan masalah yang mahal di seluruh dunia. Pakar perubatan yang menyertai dan menyokong rangkaian akan dibekalkan dengan MedicCoin sebagai ganjaran kepada pesakit yang hadir ke janji temu dan mengikuti arahan. Inovasi Utama untuk Mempercepat Adopsi Global MedicCoin menyasarkan untuk menjadi pilihan utama untuk menerima bayaran dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan semua jenis saudagar dan individu dengan menggabungkan inovasi terbaru dalam teknologi kripto dan blockchain. MedicEMR: Perisian EMR Sumber Terbuka Percuma Pertama yang Menerima Mata Wang Kripto (MedicCoin) MedicEMR akan diperkenalkan untuk menggabungkan perisian OpenEMR sumber terbuka dengan bayaran kripto. Sebagai tambahan kepada ganjaran kepada pakar perubatan dan pesakit dengan MedicCoin kerana menggunakan perisian, MedicEMR menyasarkan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan perubatan berkualiti tinggi untuk semua tidak mengira kaum, status sosioekonomi atau lokasi geografi dengan membina kesedaran perisian sumber terbuka percuma.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11067

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page