CROCUS TECHNOLOGY MENERIMA $35J PEMBIAYAAN
- tuntastinta
- Apr 30, 2018
- 1 min read
Pusingan terakhir pembiayaan untuk menjana pertumbuhan pesat perniagaan sensor magnet TMR Crocus SANTA CLARA, Calif., 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology, pembekal sensor inovatif Tunnel Magneto-Resistance (TMR) yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh $35J pembiayaan melalui gabungan hutang dan ekuiti daripada pelabur dalaman dan sumber luaran. Pembiayaan ini akan membenarkan Crocus Technology untuk memacu pertumbuhan pendapatan dengan mengembangkan sumber operasi dan pemasarannya dan dengan melabur pada pembangunan produk inovasi secara berterusan untuk memenuhi permintaan pasaran baharu dan sedia ada. Teknologi MLU™ proprietari Crocus membolehkan produk sensor TMR untuk mempunyai kepekaan magnetik yang tinggi dengan variasi minimum dalam julat suhu yang luas, ditambah dengan penggunaan kuasa ultra-rendah, yang menjadikannya penyelesaian pengesan yang ideal untuk aplikasi IoT, mudah alih, automotif, perubatan dan perindustrian. Produk sensor bersepadu TMR Crocus dibenamkan semasa proses CMOS untuk memberikan penyelesaian monolitik yang menjimatkan kos dan memastikan kebolehpercayaan dan kekasapan yang lebih besar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11079
Comments