top of page
Search

CROWNBIO MELANCARKAN MODEL SASARAN DISESUAIKAN BAHARU UNTUK IMUNOTERAPI

  • tuntastinta
  • Apr 30, 2018
  • 1 min read

SAN DIEGO, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Crown Bioscience International (TWSE:6554) dan merupakan syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, kini menguatkan portfolio model sasaran ubat disesuaikan (HuGEMM™) kepunyaannya dengan melancarkan model transgenik CD3E baharu untuk memajukan pembangunan ubat imuno-onkologi (I/O). Antibodi pelencong sel-T terapeutik baharu, termasuk pelibat sel T dwispesifik menunjukkan potensi untuk merawat kanser dengan berkesan. Namun, pembangunan ubat ini terhalang disebabkan kekurangan model in vivo yang mampu merekapitulasi tindak balas khusus manusia. CrownBio memenuhi keperluan ini dengan model transgenik CD3E baharu mereka yang telah disahkan dengan kerjasama dan dibangunkan oleh NBRI Nanjing University. Model CD3E tersebut mengekspresikan CD3E bentuk manusia dan mempunyai fenotip normal dengan tahap sel T, B dan NK yang setara dengan kawalan. Ciri-ciri ini menjadikannya model yang ideal untuk menentukan keberkesanan terapi pelencongan sel T bersasarkan CD3 menerusi penilaian terus terhadap pengaktifan sel T, pengecaman antigen dan laluan transduksi isyarat intrasel yang berkaitan. “Data yang dijana daripada model CD3E baharu kami menunjukkan kebolehan uniknya untuk memandu pembangunan pelibat sel T dwispesifik dan terapi pelencongan sel T lain,” kata Dr. Davy Ouyang, Pengarah Onkologi Translasi di CrownBio. “Kami teruja dengan potensi model inovatif baharu ini untuk mendapatkan maklumat baharu dalam penemuan dan pembangunan agen I/O terkini.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11084

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page