top of page
Search

MINGGU INOVASI YPO MENYATUKAN INOVATOR GLOBAL DALAM ACARA ANGELS AND UNICORNS

  • tuntastinta
  • May 4, 2018
  • 1 min read

Acara Pengenalan di Sydney akan Menampilkan Maklumat Terkini daripada Tokoh Pemikiran dan Perniagaan Paling Inovatif Terpilih

SYDNEY, Australia, 3 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sebagai salah satu acara Minggu Inovasi YPO tahunan kali ketiga, YPO akan mengehoskan Angels and Unicorns di Sydney, Australia, yang menyatukan tokoh perniagaan di seluruh dunia untuk menerokai cara terbaik untuk melabur dalam syarikat permulaan masa depan.

Minggu Inovasi YPO ialah siri lebih 50 acara yang dijalankan di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia daripada 7-11 Mei 2018, menampilkan inovator global dinamik yang akan berkumpul untuk berkongsi strategi perniagaan terbaik serta ilmu yang relevan dan tepat pada masanya yang menjana inovasi dan membentuk masa hadapan perniagaan global untuk dekad seterusnya.

Angels and Unicorns akan disertakan perbincangan panel dengan syarikat permulaan yang paling berpotensi dan pemodal teroka paling berjaya dalam negara.

“Australia ialah lubuk inovasi, dengan begitu banyak syarikat mengagumkan yang mempamerkan inovasi sebenar sambil mengembangkan perniagaan mereka,” kata Pengerusi Angels and Unicorns, Ian Gardiner, Ketua Divisyen Permulaan Aus/NZ untuk Amazon Web Services. “Acara ini menawarkan maklumat unik kepada ahli YPO tentang cara untuk melabur dalam syarikat permulaan seterusnya.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11099

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page