top of page
Search

SMART COMMUNICATIONS™ AKAN MENSKALA SOKONGAN PENYELESAIANNYA MELALUI INFRASTRUKTUR AMAZON WEB SERVIC

  • tuntastinta
  • May 15, 2018
  • 2 min read

AWS akan Menyediakan Pilihan Penggunaan Awan Tambahan kepada Pusat Data Semasa yang Dikongsi Bersama LONDON dan NEW YORK, 14 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Smart CommunicationsTM, satu-satunya syarikat bebas yang berfokus kepada bual pelanggan perniagaan hari ini mengumumkan rancangannya untuk menyokong penyelesaian SmartCOMMTM, SmartCORRTM untuk Salesforce dan SmartCaaSTM pada infrastruktur Amazon Web Services (AWS) di samping pada pusat data yang dikongsi bersama. Keputusan tersebut menyediakan fleksibiliti tambahan kepada pilihan awan dan hibrid awan sedia ada milik syarikat itu. “Pemilihan AWS selari dengan komitmen kami untuk menyediakan perbualan pelanggan paling bermakna kepada pelanggan di samping mematuhi undang-undang privasi data global yang semakin rumit,” kata Simon Tindal, CTO Smart Communications. “Ia juga selari dengan pelan pertumbuhan kami yang agresif, dengan membolehkan kami meluaskan capaian ke rantau lain dengan berkesan dan memberikan fleksibiliti penuh kepada pelanggan.” Perbelanjaan global untuk perkhidmatan dan infrastruktur awan awam diramalkan mencecah $160 bilion pada 2018, iaitu pertambahan sebanyak 23.2% berbanding 20171. Disebabkan undang-undang privasi dan perlindungan data antarabangsa semakin ketat, Smart Communications telah menerima permintaan yang meningkat untuk menyokong AWS di seluruh APAC dan benua Eropah serta oleh pelanggan di AS dan UK yang memilih AWS sebagai model penggunaan awan. AWS menyediakan platform infrastruktur dalam awan berkos rendah dan boleh dipercayai dengan pusat data di AS, UK, Eropah, Brazil, Singapura, Jepun dan Australia. Smart Communications akan menggunakan ciri penuh Platform Sebagai Perkhidmatan (PaaS) AWS untuk menyediakan operasi SaaS bermutu tinggi yang serupa dengan pusat data dikongsi bersama yang kini beroperasi di AS dan UK. “AWS ialah persekitaran didayakan global yang matang, selamat dan boleh diskala,” tambah Tindal. “Faktor-faktor ini memastikan bahawa sumber yang sesuai sentiasa tersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah.” Penggunaan infrastruktur AWS akan dimulakan untuk pelanggan dan rakan kongsi utama pada suku ketiga tahun 2018 dan tersedia secara umum pada suku keempat. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11116

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page