POWERTRAC MENYAMPAIKAN KAWALAN LENGKAP KEPADA PENGGUNA SUMBER KUASA EEC
- tuntastinta
- May 16, 2018
- 2 min read
TAIPEI, Taiwan, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronics Co. (EEC) meletakkan kawalan di tangan pengguna sumber kuasa dengan pengeluaran PowerTRAC, satu penyelesaian perisian komprehensif untuk menguruskan produk sumber kuasa EEC, termasuk pilihan yang tergabung. PowerTRAC direka untuk memudahkan penggunaan, dengan mudah mengkonfigurasikan tetapan sumber kuasa bagi prestasi yang optimum. Perisian itu menyediakan rakaman automatik bagi data jejak dengan setiap ujian, dengan serta-merta mengeksportkan maklumat kritikal kepada sama ada format fail spreadsheet Microsoft Excel atau fail txt. PowerTRAC menyampaikan suatu pengalaman yang mesra pengguna semasa persediaan dan operasi. Perisian pasang dan pakai mengiktiraf setiap sistem sumber kuasa secara serta-merta, dan meletakkan hak kawalan tepat pada hujung jari pengguna melalui antara muka pengguna yang intuitif. Perisian PowerTRAC EEC adalah serasai sepenuhnya dengan produk sumber kuasa EEC siri 6300, 6500, EAB, EAC, 6600, dan 6700. Ciri-ciri tambahan termasuk tetapan parameter hidup yang fleksibel yang merangkumi Mod Program dengan sehingga 400 pratetap, Mod Manual untuk mengawal nilai voltan dan frekuensi, dan previu bentuk gelombang secara langsung untuk mengesan isu-isu konfigurasi dengan cepat. "Pertumbuhan bagi trend Internet untuk Segala-galanya (IoT) dan Data Besar memerlukan keyakinan daripada pengilang hari ini bahawa sistem mereka dapat menangani tuntutan yang lebih tinggi pada hari esok. Kami mereka bentuk perisian PowerTRAC untuk meningkatkan produktiviti kerja dari sumber kuasa EEC dan pada masa yang sama memberikan ketepatan dan kecekapan dalam pengumpulan data," kata Pengurus Besar EEC, Brian Chen. "Sekarang, dengan data yang dikumpulkan dan dianalisis pada sebuah komputer, pengeluar boleh dengan cepat menjejaki prestasi pengeluaran sambil mengekalkan piawaian kualiti yang paling tinggi untuk memastikan pengoptimuman yang berterusan bagi proses pembuatan mereka". PowerTRAC adalah serasi dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows 7, 8, dan 10. Perisian itu memerlukan kad antara muka GPIB Instrumen Kebangsaan dan kabel penyambungan. Keperluan sistem minimum yang lain termasuk sebuah pemproses AMD atau Intel Pentium 1Ghz atau yang lebih pantas, 2 GB RAM (disyorkan 3 GB), dan 620 MB ruang cakera keras.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11114
Kommentare