top of page
Search

​INVIVOSCRIBE MENGELUARKAN ASAI LYMPHOTRACK DX TRB SEBAGAI KIT IVD BERTANDA CE, MELENGKAPKAN SUIT NG

  • tuntastinta
  • May 17, 2018
  • 2 min read

SAN DIEGO, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe Technologies Inc., syarikat global dengan pengalaman berdekad dalam menyediakan penyelesaian ujian klonaliti dan penanda bio untuk bidang onkologi dan perubatan molekul diperibadikan hari ini mengumumkan pengeluaran Asai LymphoTrack® Dx TRB untuk platform Illumina® MiSeq®, kit asai penjujukan generasi seterusnya (NGS) bertanda CE untuk penggunaan diagnostik in vitro (IVD). Invivoscribe ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan suit lengkap asai klonaliti NGS bertanda CE yang direka untuk menilai klonaliti untuk tujuan diagnostik dan pengesanan. Asai LymphoTrack Dx TRB untuk alat Ion PGM™dan Ion S5™ ThermoFisher Scientific® akan dikeluarkan lewat tahun ini. Secara umumnya, leukemia dan limfoma berasal daripada transformasi malignan sel limfoid individu yang menyebabkan kebanyakan kemalignan limfoid mempunyai satu atau lebih penyusunan semula sel atau “klonal”. Asai LymphoTrack Dx TRBmengenal pasti jujukan susunan semula TRB Vβ-(Dβ-)Jβ manakala perisian bioinformatik LymphoTrack Dx memberikan ringkasan taburan kekerapan dengan jelas. Jujukan klonal ini boleh digunakan untuk memantau penyakit sisa minimum (MRD) dalam kajian membujur yang mengesan penyakit tersebut dan juga keberkesanan terapi untuk merawatnya. Asai LymphoTrack Dx TRB melengkapkan siri asai bertanda CE Invivoscribe pada MiSeq® yang menggunakan ketepatan dan kepekaan penjujukan generasi seterusnya (NGS) dan membolehkan makmal kecil dan besar mengenal pasti dan mengesan penyusunan semula klonal. Kit klonaliti bertanda CE Invivoscribe yang membolehkan penjanaan pustaka PCR satu langkah dan disertakan dengan perisian bioinformatik yang direka untuk berjalan pada platform Windows dalam makmal pelanggan membolehkan ujian multipleks komprehensif dijalankan untuk sebarang gabungan sampel dan asai LymphoTrack Dx (e.g. IGH Leader, IGH FR1, IGH FR2, IGH FR3, IGK, TRG dan TRB), justeru mengurangkan kos makmal dan masa pelengkapan dengan banyak. Asai NGS penjujukan mendalam ialah peningkatan signifikan terhadap asai berdasarkan PCR sedia ada. Ia mengenal pasti kebanyakan jujukan susunan semula gen atau klonotip dengan tepat, yang kemudian boleh digunakan untuk pengesanan MRD. Setiap kit disertakan perisian LymphoTrack Dx MiSeq® mesra pengguna yang mengautomatikkan pengisihan dan pengesanan setiap sampel dan sasaran, mentafsir data jujukan dan menghasilkan laporan terperinci. “Kami sukacita menawarkan kit NGS TRB IVD bertanda CE dengan perisian bioinformatik untuk penilaian dan pengesanan klonaliti. Produk inovatif seperti Asai LymphoTrack Dx berdasarkan NGS memberi manfaat secara terus kepada pesakit dengan memandu rawatan tepat dan membolehkan pemantauan paling sensitif dilakukan untuk penyakit yang berlaku semula,” kata Dr. Jeffrey Miller, CSO dan CEO Invivoscribe.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11132

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page