PERKEMBANGAN TERKINI GREENLAND RESOURCES BERKENAAN MALMBJERG
- tuntastinta
- May 17, 2018
- 2 min read
BUKAN UNTUK DIEDARKAN KE PEKRHIDMATAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ATAU DISEBARKAN DI AMERIKA SYARIKAT TORONTO, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Greenland Resources Inc. (“Greenland Resources”) ingin mengumumkan bahawa ia telah melibatkan beberapa firma kejuruteraan untuk menyiasat empat alternatif untuk kajian ketersauran Wardrop 2008 (“FS 2008”), dengan matlamat untuk meningkatkan aspek ekonomi projek dan menyingkatkan masa pembinaan. Perubahan paling signifikan untuk FS 2008 ialah pembinaan loji pemprosesan bijih dan kemudahan infrastruktur tapak loji sampingan pada limbungan di barj luar negara dan menempatkan barj di tapak binaan yang sesuai sama ada di lokasi air pasang surut laluan akses Utara atau Selatan. Empat senario pengendalian alternatif tersebut digambarkan di bawah dan untuk pertimbangan, dua kaedah pelombongan yang sudah mantap (lombong terbuka dan gua blok bawah tanah) dengan dua laluan akses berlainan untuk mengangkut bijih dari lokasi longgokan ke kemudahan pemprosesan bijih air pasang surut. Dua laluan akses yang dipertimbangkan ialah laluan akses Utara dengan jarak 25 km dan laluan akses Selatan dengan jarak 85 km.
Pilihan lombong dedah – laluan akses Selatan Operasi lombong dedah konvensional dengan penghancuran bawah tanah dan ruang pengisaran untuk melumatkan bijih bagi pengangkutan hidraulik ke loji pemprosesan air pasang surut selatan. Penyenggaraan permukaan / struktur gudang dan pentadbiran akan dibina berhampiran operasi pelombongan untuk melengkapkan penyenggaraan kelengkapan mudah alih dan mengurus operasi. Senario ini memerlukan pembinaan landasan kerikil kecil tahan cuaca yang sesuai untuk pengangkut Boeing 737-800 / pesawat kombo penumpang (“Combo”) dan penubuhan tapak pembuangan amang yang sesuai.
Pilihan lombong dedah – laluan akses Utara Operasi lombong dedah seperti yang ditunjukkan dalam Pilihan #1, dengan talian paip mengangkut bijih ke loji pemprosesan air pasang surut 25 km di Utara menerusi terowong sepanjang 11 km. Struktur permukaan serupa yang diperlukan untuk Pilihan #1 boleh digunakan untuk Pilihan #2. Senario ini lebih diutamakan kerana sudah ada landasan kecil beroperasi yang diuruskan kerajaan dan sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 Combo serta tapak pembuangan amang yang sesuai.
Pilihan pelombongan bawah tanah – laluan akses Selatan Operasi pelombongan gua blok dengan penghancuran bawah tanah dan ruang pengisaran untuk melumatkan bijih bagi pengangkutan hidraulik ke loji pemprosesan air pasang surut selatan, tapak loji dan infrastruktur di sepanjang laluan yang sama dengan Pilihan #1 menghasilkan kurang gangguan alam sekitar yang disebabkan oleh pelombongan bawah tanah berbanding dengan pilihan lombong dedah. Serupa dengan yang dinyatakan dalam Pilihan #1, landasan kerikil kecil tahan cuaca yang sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 dan tapak pembuangan amang yang sesuai diperlukan.
Pilihan pelombongan bawah tanah – laluan akses Utara Operasi pelombongan gua blok seperti yang dinyatakan dalam Pilihan #3 dengan semua infrastruktur pengangkutan bijih hidraulik yang diperlukan untuk mengepam bijih ke loji pemprosesan air pasang surut utara. Pelombongan bawah tanah kurang mengganggu alam sekitar berbanding pilihan lombong dedah. Senario ini lebih diutamakan kerana sudah ada landasan kecil yang diuruskan kerajaan dan sesuai untuk pesawat Boeing 737-800 Combo serta tapak pembuangan amang yang sesuai.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11131
Comments