top of page
Search

GREE DI PAMERAN ARBS

  • tuntastinta
  • May 17, 2018
  • 2 min read

SYDNEY, Australia, 14 Mei (Bernama) -- Pada 8 Mei, pameran perdagangan perkhidmatan penyaman udara, penyejukan dan bangunan, ARBS 2018, telah dirasmikan di Sydney. Sebagai pameran penyaman udara, penyejukan dan pengudaraan yang paling penting di hemisfera selatan, ARBS 2018 telah mengumpulkan banyak syarikat yang terkenal di dalam industri, memberikan satu peluang yang baik bagi lebih banyak pengguna di luar negara untuk mengetahui dan memahami "Buatan China", dan untuk menggunakan dan menyayangi produk buatan China. Mempamerkan teknologi yang menjimatkan tenaga dan mesra alam Cuaca agak panas di Australia pada sepanjang tahun, oleh itu peralatan penyaman udara merupakan bahagian paling penting di dalam sesebuah bangunan. Ketika krisis tenaga dunia semakin meruncing dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Australia adalah komited untuk mencari penyelesaian tenaga bagi jangka masa panjang dan menggalakkan bangunan-bangunan yang menjimatkan tenaga dan penyaman udara. Pada kali ini, Gree Electric Appliances Inc. dari Zhuhai telah membawa penyaman udara mereka yang mesra alam ke pameran itu, dengan menawarkan penyelesaian penyaman udara yang baharu untuk pasaran Australia. Hyper adalah satu daripada barang pameran yang dipaparkan oleh Gree pada kali ini. Ia merupakan sebuah unit yang khusus untuk pasaran luar negara. Ia bukan sahaja terbaik di dalam kecekapan tenaga, tetapi juga dapat menjimatkan kuasa sehingga 70% melalui teknologi penyongsang 3D (pemampat penyongsang + unit luaran penyongsang + unit dalaman penyongsang). Produk ini direka dengan fungsi pemanasan 8 darjah celsius, yang boleh mengekalkan suhu bilik pada 8 darjah celsius walaupun apabila tiada sesiapa berada di dalam bilik itu. Di samping itu, ia boleh mencapai kawalan suhu ketepatan 0.1 darjah celsius dan dilengkapi dengan pelbagai peringkat penapisan yang sihat, fungsi pembersihan diri, fungsi pengeringan berdasarkan lokasi, kawalan Wi-Fi dan konfigurasi bunyi ultra rendah, yang telah mendapat pujian daripada ramai pengunjung.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11113

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page