Hilton Kuala Lumpur antara 50 hotel mesyuarat utama di Asia Pasifik
- tuntastinta
- May 17, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Hilton Kuala Lumpur menduduki tempat keempat dalam 50 Hotel Mesyuarat Utama di Asia Pasifik, menurut Cvent Inc, peneraju pasaran dalam mesyuarat, acara dan teknologi hospitaliti. Antara 10 hotel teratas ialah Hyatt Regency Sydney; Shangri-La Hotel, Singapura; Shangri-La Hotel, Sydney; Pan Pacific Singapore dan InterContinental Sydney. Marriott, Hilton dan Hyatt adalah tiga rangkaian hotel terbaik dalam senarai 50 terbaik, katanya dalam satu kenyataan. Cvent menilai hartanah hotel yang menjana perniagaan melalui Cvent Supplier Network - antara pangkalan data terbesar di dunia dan paling tepat bagi maklumat terperinci di dunia - dari Januari hingga Disember 2017. Hartanah berkenaan dikelaskan mengikut pelbagai kriteria, termasuk jumlah permintaan untuk cadangan (RFP), RFP yang diberikan, jumlah bilik, bahagian pasaran metropolitan utama (MMA), kadar penukaran, dan lawatan profil unik hotel di Cvent Supplier Network. Kriteria tersebut direka untuk memberikan gambaran yang paling tepat mengenai hotel-hotel mesyurat utama di AS, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, serta rantau Asia Pasifik. Senarai itu disusun dengan menganalisis aktiviti tempahan kumpulan - yang memperoleh lebih daripada US$14.7 bilion (RM57.62 bilion) dan lebih daripada 40 juta bilik pada 2017, membantu menyokong lebih daripada 715,000 acara di seluruh dunia. -- BERNAMA
Comentários