top of page
Search

SPARK NEW ZEALAND AKAN MENGGUNAKAN CLOUD UNIFIED COMMUNICATIONS SUITE DENGAN BROADSOFT

  • tuntastinta
  • May 17, 2018
  • 1 min read

Spark Cloud Phone Menawarkan Penyelesaian Penuh Unified Communications (UC) BroadSoft kepada Pasaran SMB dengan Pertumbuhan Tinggi GAITHERSBURG, Md. dan AUCKLAND, New Zealand, 16 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc., kini sebahagian daripada Cisco dan peneraju global dalam perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk panggilan, mesyuarat, pesanan dan pusat hubungan awan mengumumkan bahawa Spark, salah satu penyedia telekomunikasi terbesar New Zealand akan menawarkan Spark Cloud Phone yang dikuasakan oleh platform panggilan BroadCloud kepada syarikat kecil dan pertengahan di seluruh New Zealand. Spark Cloud Phone akan menyediakan platform penyediaan perkhidmatan SaaS yang tebukti kepada syarikat yang membolehkannya menggunakan penyelesaian UC dengan model penyediaan perkhidmatan OPEX fleksibel dengan mudah. Platform panggilan BroadCloud akan menawarkan suit penuh perkhidmatan UC kepada pelanggan Spark Cloud Phone yang berdasarkan aplikasi UC-One BroadSoft, pemesejan segera dan kehadiran (IM&P), VoIP berhos, sokongan klien mudah alih, perisian telefon berciri penuh untuk peranti pengkomputeran , perkongsian fail dan desktop, bilik mesyuarat maya serta sidang suara dan video. “Kami sukacita untuk bekerja dengan Spark di New Zealand untuk membawakan tawaran UC awan mereka ke pasaran pada BroadCloud,” kata Jonathan Reid, Pengarah Urusan, Jualan Sedunia, Cisco Cloud Calling. “Spark mempunyai capaian yang jauh di pasaran New Zealand dan pasukan kejuruteraan bertaraf dunia di sebalik keluaran produk Spark Cloud Phone. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mereka apabila mereka membawakan perkhidmatan baharu itu ke pasaran pada separuh tahun pertama tahun ini.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11128

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page