top of page
Search

DANAJAMIN LANTIK SURESH MENON SEBAGAI PENGARAH

  • tuntastinta
  • May 18, 2018
  • 1 min read

[endif]

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) – Suresh Menon dari Credit Guarantee Corporation Bhd dilantik sebagai pengarah di Danajamin Nasional Bhd, penanggung insurans jaminan kewangan pertama negara.

Suresh berpengalaman luas dalam kerjayanya yang lebih 30 tahun dalam sektor seperti pembuatan, kewangan antarabangsa dan pasaran hutang.

Pengarah Urusan Danajamin, Mohamed Nazri Omar dalam satu kenyataan berkata beliau teruja untuk mula bekerja dengan Suresh dan pengarah-pengarah baru Danajamin yang akan diumumkan kemudian.

Lima anggota lembaga pengarah perintis: pengerusi bukan eksekutif bebas Datuk Mohammed Hussein, dan pengarah bukan eksekutif bebas Abdul Kadir Md Kassim, Datuk Albert Yeoh Beow Tit dan Philip Tan Puay Koon akan menamatkan perkhidmatan di Danajamin.

Pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir akan bersara bulan depan. [if !supportLineBreakNewLine] [endif]

-- BERNAMA

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page