top of page
Search

PANDANGAN ORANG ASING MENGENAI JIANGSU -- LAWATAN KE KAMPUNG HALAMAN RUSA MILU DAFENG

  • tuntastinta
  • May 22, 2018
  • 2 min read

DAFENG, China, 21 Mei (Bernama) -- Pada 5 dan 6 Mei, hampir 30 rakan asing dari 18 buah negara, seperti Rusia, Jerman, Itali, Pakistan, telah berkumpul di pantai Laut Kuning dan mengambil bahagian di dalam acara "Pandangan Orang Asing mengenai Jiangsu -- Lawatan ke Kampung Halaman Rusa Milu Dafeng" yang ditaja oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu. Mereka bersama-sama menikmati keindahan unik Dafeng. Semasa menginap di Dafeng, rakan-rakan dari luar negara itu telah melawat Dream Maze, pagar sesat botani yang terbesar di seluruh dunia. Di kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Rusa Milu Kebangsaan Dafeng, di mana terletaknya bank gen Rusa Milu yang terbesar di dunia, mereka telah melawat Habitat Rusa Milu dan Zon Padang Rumput Bebas Rusa Milu, mengalami program penjinakan Rusa Milu dan mendekati Rusa Milu. Di laut tulip pertama di China, Lautan Bunga Belanda, mereka telah melawat pameran seni "Van Gogh Alive 2", menonton dan mengalami persembahan bunga dan tarian kasut kayu yang bercirikan Belanda, di mana interaksi setempat adalah sungguh mesra. Di Plum Bay -- taman plum berair yang terbesar di Jiangsu Utara, mereka menikmati dan turut serta di dalam program warisan kebudayaan tak ketara Yancheng, seperti tarian naga dan bot bunga dan persembahan kayu-picul-menguntum, persembahan Taijiquan, arca tepung, arca gula, ukiran porselin dan persembahan kraftangan yang lain, telah mencetuskan tepukan dan sorakan gemuruh. "Saya telah banyak belajar di dalam Lawatan ke Dafeng ini. Saya akan membawa keluarga saya ke sini lagi! Terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan platform ini bagi kami untuk memahami budaya itu dan melihat perubahan di Jiangsu," kata Amir, seorang pelajar Algeria dari Universiti Seni Nanjing selepas memahami perubahan sosial dan ekonomi yang hebat yang dilalui Dafeng dalam tempoh pembaharuan dan pembukaan selama 40 tahun. Rakan-rakan dari luar negara kesemuanya terlibat dan sangat memuji pemandangan semula jadi yang indah dan persekitaran tanah basah yang anggun. Terletak di persimpangan kawasan pembangunan pantai utara dan selatan di Wilayah Jiangsu, Dafeng adalah satu titik yang penting di dalam Inisiatif Belt and Road dan mempunyai kelebihan kurniaan lokasi semula jadi. Acara ini bukan sahaja mempromosikan ekologi yang indah dan ciri-ciri pelancongan Dafeng secara komprehensif, tetapi juga memperlihatkan konsep dan pencapaian pembangunan ekologi Dafeng yang sangat mendalam. Ia telah membina sebuah jambatan yang kukuh bagi perhubungan ketamadunan, pertukaran kebudayaan dan persahabatan di antara China dan negara-negara asing, dan juga untuk menyebarkan layanan baik penduduk Dafeng kepada setiap penjuru dunia. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page