PROGRAM "BINA MUMTAZ GURU" DAERAH KLANG
- tuntastinta
- May 23, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Julung julung kalinya Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan satu program “Bina Mumtaz Guru” bagi guru- guru Kafa Daerah Klang yang telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Guru-guru Agama Daerah Klang dan Seramai 120 orang guru-guru kafa yang mengajar Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) sekitar daerah Klang menghadiri program ini.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara mendalam kepada para guru-guru KAFA dan SRA tentang konsep pendidikan Abad ke 21, konsep pengurusan bilik darjah dan susun atur bilik darjah abad ke 21. Di samping itu juga turut didedahkan tentang kaedah dan strategi pengajaran Pendidikan Islam yang bersesuaian dengan Pendidikan Abad ke 21 serta teknik pengurusan stres. Antara pensyarah Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang terlibat adalah Dr Zetty Nurzuliana Rashed, Dr Mohd Faeez Ilias, Ustaz Mohamad Fuad Hj. Ishak, Tuan Haji Rekeman Bin Kusut dan Cik Nurul Syuhaida Bt. Aman. Sesi perkongsian ilmu ini berjalan dengan lancar dengan menggunakan pendekatan dua hala. Sesi program ini mengambil masa selama dua hari. Sambutan untuk program ini adalah amat menggalakkan.
Disediakan Oleh: Dr Zetty Nurzuliana Rashed Dekan Fakulti Pendidikan SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama : Dr Zetty Nurzuliana Rashed Dekan Fakulti Pendidikan Tel : 03-89117000 ext 1201 Emel : zetty@kuis.edu.my --BERNAMA
Comments