top of page
Search

BERAMAL DAN SIHAT PADA RAMADAN MELALUI PROGRAM BIIB

  • tuntastinta
  • May 24, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Program Ramadan #GetFitAndGiveBack oleh BiiB, yang bermula 24 Mei, kini dibuka untuk pendaftaran.

Ia adalah sedekah melalui aktiviti untuk sihat dengan berlari atau berjalan sekurang-kurangnya 2 kilometer setiap hari selama dua minggu berturut-turut.

Dalam program ini, terdapat ketua pasukan, peserta dan benefisiari. Setelah mengenal pasti benefisiari, ketua pasukan perlu mengumpulkan rakan dan keluarga untuk menyertai pasukannya untuk menyokong amal jariah melalui bayaran penyertaan mereka.

Yuran penyertaan ditetapkan pada RM20, dan mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dan menderma boleh berbuat demikian di : https://getbiib.com/events/16

"Kami kini mempunyai dua pelari dan ketua pasukan, Azmi dan Aizat, yang mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (Makna) dan Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih, " kata platform motivasi pelaksana itu dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Acara ini dianjurkan sebagai peringatan untuk bersyukur dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Visi BiiB yang berpangkalan di Malaysia adalah untuk menjadikan aktiviti berlari suatu kebiasaan untuk orang di rantau ASEAN melalui cabaran dalam aplikasi.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page