INTA MEMILIH SINGAPURA UNTUK MESYUARAT TAHUNAN KE-142 PADA APRIL 2020
- tuntastinta
- May 24, 2018
- 1 min read
SEATTLE, 22 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa (INTA) hari ini mengumumkan bahawa Mesyuarat Tahunannya—acara tanda perniagaan terbesar di dunia—kali ke-142 akan diadakan di Singapura pada 25 hingga 29 April 2020 di Marina Bay Sands. Ini merupakan kali kedua INTA mengadakan Mesyuarat Tahunannya di Asia dan kali pertama organisasi tersebut mengehoskan acara tersebut di Asia Tenggara. CEO INTA, Etienne Sanz de Acedo membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu di majlis pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-140 yang bertempat di Seattle, Washington hari ini hingga 23 Mei. Hampir 11,000 pengamal tanda dagangan dan profesional harta intelektual (IP) dari 150+ buah negara hadir di acara ini. Bilangan pendaftar telah meningkat tahun demi tahun.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11144
Comments