Malaysia antara negara dapat bekalan suntikan aprotinin daripada Clinigen
- tuntastinta
- May 24, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Clinigen Group plc, syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global, telah menandatangani perjanjian dengan Nordic Pharma Ltd bagi pembekalan dan pengedaran aprotinin di beberapa negara di Afrika Selatan dan Asia Pasifik termasuk Malaysia. Mengikut syarat-syarat perjanjian, Clinigen akan membekalkan aprotinin kepada doktor dan ahli farmasi pada satu dasar atas permintaan, tidak berlesen bagi pesakit yang kurang pilihan terapeutik yang sesuai di beberapa buah negara. Kontrak itu memberi hak eksklusif kepada Clinigen untuk membekalkan aprotinin di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Malaysia, Taiwan, Thailand, Hong Kong dan Afrika Selatan, menurut Clinigen Group dalam satu kenyataan hari ini. "Perjanjian ini menunjukkan komitmen berterusan Clinigen untuk menyediakan kepada doktor dan ahli farmasi dengan akses kepada ubat-ubatan yang mereka perlukan bagi menangani keperluan perubatan pesakit yang tidak dipenuhi," kata Ketua Akses Global Clinigen, Julie Gosper dalam kenyataan itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nordic Pharma, Hans Schram berkata syarikat komited untuk meningkatkan akses kepada aprotinin di seluruh dunia, yang merupakan satu produk penting yang dapat menyelamatkan nyawa di dalam pelbagai sumber yang ada bagi pengurusan darah pesakit. Menurut kenyataan itu, suntikan aprotinin tergolong ke dalam satu kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil anti-fibrinolitik (ubat-ubatan untuk mencegah kehilangan darah). Aprotinin dapat membantu mengurangkan kehilangan darah dan keperluan bagi pemindahan darah semasa menjalani pembedahan graf pintasan kardiopulmonari terpencil. Profesional penjagaan kesihatan boleh mendapatkan butiran mengenai aprotinin dengan menghantar e-mel kepada edicineaccess@clinigengroup.com
Comentários