top of page
Search

OSAKA GAS ENGINEERING AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN KE ATAS PEMBINAAN TERMINAL PENERIMAA

  • tuntastinta
  • May 28, 2018
  • 2 min read

OSAKA, Jepun, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Osaka Gas Engineering Co., Ltd. (OGE), sebuah anak syarikat milik Osaka Gas Co., Ltd. (Osaka Gas) (TOKYO: 9532), telah mengadakan satu perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan perundingan ke atas pembinaan terminal penerimaan LNG masing-masing bagi CPC Corporation, Taiwan (CPC) dan Taiwan Power Co., Ltd. (TPC).

Dalam projek pembinaan terminal penerimaan LNG ketiga bagi CPC, OGE akan mengendalikan Reka Bentuk & Kejuruteraan Bahagian Hadapan (FEED) dan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal di kemudahan regasifikasi sebagai sebahagian daripada membina sebuah kapasiti penerimaan LNG seluas 3 juta tan setahun (mtpa) di dalam fasa pertama daripada sebuah projek terminal LNG 6 mtpa yang dirancang untuk memulakan operasi pada tahun 2023. Dengan perjanjian ini berikutan satu perjanjian sebelum ini yang ditandatangani pada Mac ini untuk perkhidmatan perundingan mengenai kejuruteraan dan pembinaan empat tangki LNG konkrit prategasan (PC) pembendungan penuh, OGE akan menyediakan perkhidmatan perundingan bagi keseluruhan projek pembinaan fasa pertama. Sementara itu, dengan TPC, OGE telah mencapai satu persetujuan untuk menjalankan FEED dan menyediakan perkhidmatan perundingan teknikal kepada TPC buat pertama kalinya bagi lima tangki LNG PC pembendungan penuh dan kemudahan regasifikasi untuk terminal penerimaan Taichung LNG TPC, yang telah dirancang untuk dibina dengan sebuah kapasiti 4.1 mtpa dan dijadualkan memulakan operasi komersilnya pada tahun 2023 bersama-sama dengan sebuah loji kuasa di kawasan Taichung. Dengan kontrak-kontrak ini, OGE memainkan satu peranan penting di dalam reka bentuk asas bagi kesemua projek terminal LNG yang sedang berjalan di Taiwan, di mana import LNG telah berkembang untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan pada masa yang sama kerajaannya merancang untuk menghentikan secara berperingkat-peringkat penjanaan kuasa nuklear menjelang tahun 2025. Di peringkat global, Osaka Gas telah menyediakan perkhidmatan perundingan mengenai pembinaan, operasi, dan penyelenggaraan terminal LNG yang selamat dan cekap di bawah 23 kontrak di 10 buah negara, termasuk terminal penerimaan LNG CPC di Yong'an dan Taichung, yang memanfaatkan pengetahuan mereka melalui lebih daripada 40 tahun pengalaman. Di bawah visi perniagaan jangka panjang mereka "Melangkah ke Hadapan Menjangkau Sempadan 2030," yang memberi tumpuan kepada pasaran tenaga luar negara sebagai satu daripada kawasan pertumbuhan, Kumpulan Daigas menghalakan usaha mereka untuk mengembangkan perniagaan tenaga mereka di seluruh dunia sepanjang rantaian nilai itu.

Hubungi Osaka Gas Engineering Co., Ltd. Shun Yamagami, +81-6-6220-2118 s-yamagami@oge.co.jp Sumber : OSAKA GAS CO., LTD.

--BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page