top of page
Search

Chin pengerusi baharu SMBCMY

  • tuntastinta
  • May 30, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBCMY) melantik Tony Chin Kok Sang, sebagai pengerusi Lembaga Pengarahnya yang baharu, berkuat kuasa 15 Mei, 2018. Dalam satu kenyataan hari ini, SMBCMY berkata Chin, 60, menggantikan Datuk Md Agil Mohd Natt yang bersara pada 1 April, 2018. Chin merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas (INED) SMBC sejak 18 Sept, 2015. Semasa perkhidmatannya sebagai INED, beliau merupakan pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga (BAC), Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga (BNRC) dan sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga (BRMC). Chin mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau berkhidmat selama 14 tahun dengan Societe Generale Group di pejabatnya di Australia, Singapura dan Malaysia. Sementara itu, Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah, 52, dilantik sebagai INED SMBCMY berkuat kuasa 1 April, 2018. Beliau juga akan menjadi Pengerusi BRMC dan pada masa yang sama berkhidmat sebagai anggota BAC dan BNRC. Wan Fadzmi mempunyai pengalaman 25 tahun dalam industri perbankan domestik serta antarabangsa, dan telah mengetuai unit perniagaan utama di London, New York dan Hong Kong. -- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page