top of page
Search

​SUPER B DAN LITHIUM WERKS MENANDATANGANI PERJANJIAN BEKALAN SEL BERBILANG TAHUN UNTUK MEMENUHI PERM

  • tuntastinta
  • May 31, 2018
  • 2 min read

HENGELO, Netherlands, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pakar bateri Litium Super B (www.super-b.com) dan pembekal sel Lithium Werks B.V.(www.lithiumwerks.com) telah menandatangani perjanjian berbilang tahun yang akan menjamin bekalan bateri ion litium kepada pelanggan di seluruh dunia. Di bawah perjanjian ini, Lithium Werks, kumpulan penyelesaian bateri ion litium dan tenaga mudah alih yang pesat berkembang, akan mengerakkan bekalan berterusan Sel Nanophosphate Tm Lithium Werks yang berkualiti tinggi sementara Super B terus mengembangkan operasinya dalam memacu permintaan untuk bateri ion litium. “Syarikat peneraju dalam sektor seperti automatif, industri, marin dan tenaga boleh diperbaharui telah diberi perkhidmatan oleh Super B dan keinginan mereka untuk penyelesaian berkuasakan bateri menjadi semakin tinggi. Kami bersedia untuk menyokong Super B semasa mereka terus memenuhi permintaan untuk bateri litium yang pesat berkembang ini,” kata T. Joseph Fisher III, CEO dan pengasas bersama Lithium Werks. “Saya merasa kagum dengan keupayaan Super B untuk berkembang dengan cepat pada tahun-tahun terkini dan oleh cita-citanya untuk berkembang dengan lebih cepat pada tahun-tahun akan datang. Kami menjangkakan Super B untuk mengandakan saiznya setiap tahun untuk beberapa tempoh dan saya gembira yang Lithium Werks telah mendapat rakan kongsi strategik yang kukuh seperti Super B,” kata En Fisher. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Super B dalam perikatan strategik jangka masa panjang ini kerana produk dan inovasi mereka merupakan padanan yang sesuai untuk sel silinder Nanophosphate Tm proprietari kami yang telah dipatenkan,” kata En Fisher. CEO Super B, Henk Kleef menyatakan bahawa perjanjian ini akan memberi manfaat kepada pelanggannya. “Perjanjian bekalan jangka masa panjang untuk sel berkualiti tinggi daripada syarikat global seperti Lithium Werks akan mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk mengembangkan kapasiti dan memenuhi permintaan berterusan pelanggan kami untuk penyelesaian bateri litium dalam tahun-tahun akan datang,” kata En Kleef. “Lithium Werks, yang mempunyai reputasi kukuh sebagai pembekal sel, modul dan sistem kuasa boleh skala Litium Ferum Fosfat, ialah rakan kongsi yang ideal untuk kami dalam terus memberikan penyelesaian tenaga yang tahan lama, selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami,” kata En Kleef. Super B dan Lithium Werks, kedua-duanya merupakan pakar dalam teknologi Litium Ferum Fosfat, kimia ion litium yang menawarkan kestabilan terma dan bahan kimia yang tinggi serta dilihat sebagai teknologi ion litium yang paling selamat tersedia hari ini. Kerjasama strategik ini dibina atas hubungan sedia ada yang kini telah menjadi semakin kukuh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11161

 
 
 

Opmerkingen


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page