top of page
Search

NEURALSTEM MENYERTAI KONVENSYEN ANTARABANGSA BIO 2018

  • tuntastinta
  • May 31, 2018
  • 1 min read

GERMANTOWN, Md., 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Karl Johe, PhD, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan memberikan gambaran keseluruhan Syarikat pada Konvensyen Antarabangsa BIO 2018 di Boston, Massachusetts, pada hari Isnin, 4 Jun 2018, 3:30pm ET. Siar web audio langsung serta rakaman video pembentangan ini akan tersedia dalam bahagian Pelabur tapak web Syarikat di investor.neuralstem.com. Siar web akan diarkibkan pada tapak web Syarikat untuk 90 hari selepas pembentangan. Perihal Neuralstem Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.

  • NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11159

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page