SMARTCASH MENGUMUMKAN KEJAYAAN INISIATIF YANG DILULUSKAN KOMUNITI DAN DIBIAYAI OLEH PERBENDAHARAAN P
- tuntastinta
- Jun 1, 2018
- 3 min read
Pencapaian baru oleh ahli komuniti proaktif mempamerkan keberkesanan rekaan berpusatkan komuniti yang mengagumkan NEW YORK, 1 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- SmartCash, aset kripto yang dicipta melalui teknologi blockchain dengan fokus terhadap urus tadbir komuniti, kerjasama dan perkembangan hari ini menyediakan ikhtisar inisiatif komunitinya yang telah dilengkapkan. Setiap projek disokong oleh Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiayai oleh sebahagian daripada ganjaran blok dan kemudian disalurkan melalui pemegang SmartCash yang menyertai SmartVoting. Membina Masa Hadapan Cadangan kepada komuniti SmartCash merangkumi idea yang hampir sama banyak dengan peserta, dengan setiap satu mendapat perhatian dalam proses undian untuk pembiayaan SmartHive. 22 projek yang telah dibiayai dan diselesaikan dengan jayanya termasuklah:
Penajaan acara inovasi dan teknologi terbesar di Mexico di mana puluhan ribu orang berkumpul dan dapat menonton pembentangan tentang SmartCash
Program selama sebulan yang menyediakan 2,500 hidangan pada setiap hari Ahad kepada orang yang kelaparan di Venezuela dan mengajar mereka tentang kemandirian menerusi SmartCash
Pengenalan SmartCash di salah sebuah sekolah perniagaan terkemuka di Perancis menerusi persidangan SmartEvent yang disesuaikan untuk pelajar universiti
Penciptaan, pembiayaan dan pelaksanaan program bola sepak untuk kanak-kanak dan belia rentan di Brazil
Pengenalan SmartCash kepada pelajar dan guru di lima buah universiti di Ghana
Penghasilan Video Pendidikan Blockchain Aktuari yang menampilkan potensi dan ganjaran teknologi blockchain dalam kewangan
Peluasan Jerayawara SmartCash di Ghana kepada saudagar yang mencari cara untuk menukarkan mata wang kripto kepada barang dan perkhidmatan di Afrika
Penajaan ahli MMA Mexico
Penyenaraian SmartCash pada MasterNodes.Online untuk meningkatkan keterlihatan dalam kalangan penggemar mata wang kripto
Pembangunan kursus bertaraf universiti yang menampilkan SmartCash
Melatih belia Cameroon untuk menjadi bijak wang menerusi penggunaan SmartCash dalam kegiatan perusahaan
Mempromosikan SmartCash pada acara blockchain kripto di Kampus Smart Services di Belanda
Mengembangkan Ekosistem SmartCash Pengeraman dan pengembangan komuniti SmartCash merupakan teras setiap cadangan. Peserta memaparkan keterujaan dan bersedia untuk menaikkan jenama SmartCash dan pendekatannya yang berfokus terhadap memupuk usahawan, menyelesaikan masalah dan merintis laluan universal ke arah dunia yang lebih baik. Pembiayaan telah pun diperuntukkan untuk 35 lagi cadangan yang dipacu komuniti dan akan meningkatkan lagi keterlihatan dan penerimaan SmartCash di seluruh dunia. “Rekaan yang berpusatkan komuniti membolehkan kami mengeksploitasi pelbagai bakat, menikmati manfaat besar dalam keberkesanan dan memberi peluang kepada semua orang untuk mendatangkan impak yang signifikan melalui idea unik mereka,” kata jurucakap komuniti SmartCash. “Semakin ramai orang dari seluruh dunia menyertai komuniti kami yang semakin berkembang. Kami berasa teruja untuk melihat cara baharu yang diperkenalkan dan mampu meningkatkan capaian dan keterlihatan kami.” Kebolehcapaian untuk Semua Komuniti SmartCash mengalu-alukan semua orang yang ingin menyertai dan melontarkan idea mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses menghantar cadangan, lawati laman web SmartCash dan pilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang tersedia untuk melibatkan diri. Perihal SmartCash SmartCash (Crypto: SMART) ialah mata wang kripto berdasarkan blockchain yang berbeza daripada yang lain, dengan tadbir urus komuniti, mempunyai Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiaya sendiri dan akses pelombongan ke PC standard. Dengan penekanan terhadap penglibatan komuniti dan penerimaan saudagar, SmartCash bertujuan untuk mencipta mata wang kripto paling aktif dan cepat berkembang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash, lawati: https://smartcash.cc/ Flipbook Interaktif Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash melalui flipbook interaktif, lawati http://smartcash.blockchainnewssource.com/flipbook/ Berhubung dengan Komuniti SmartCash Perbualan Discord di https://discord.gg/BDUh8jr Perbualan Telegram di http://bit.do/smartcash Media sosial Twitter di https://twitter.com/scashofficial Media sosial Facebook di https://www.facebook.com/scashofficial Media sosial YouTube di https://www.youtube.com/channel/UCzwZxu6BtWcRiQXdPqNeB5Q/featured Hubungan SmartCash SmartCash https://smartcash.cc hello@smartcash.cc Hubungan Blockchain Relations Blockchain Relations http://www.blockchainrelations.io 614-465-6025 press@blockchainrelations.io SUMBER : SmartCash
Comments