top of page
Search

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENJADI HOS KEPADA "PAMERAN PORSELIN ARITA DAN IMARI KE-38"

  • tuntastinta
  • Jun 4, 2018
  • 2 min read

Memperkenalkan Seni Tradisional Jepun yang Indah TOKYO, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada Pameran Porselin Arita dan Imari ke-38 – Daripada Asal kepada Gaya Moden" dari 1 Julai (Ahad) hingga 1 Ogos (Rabu), 2018, untuk memperkenalkan kepada tetamu dengan porselin Arita dan Imari, seramik pertama yang diperbuat di pulau di sebelah selatan Kyushu, Jepun. Barangan seni yang mewakili Ko-Imari dan gaya porselin yang lain akan dipaparkan di dalam pameran itu. Juga, tujuh pembuat porselin yang terkenal dan moden dari wilayah Arita dan Imari di Wilayah Saga akan memaparkan produk mereka dan tersedia untuk dijual. Di samping itu, lapan daripada restoran kami akan menyajikan makanan yang disediakan khas dengan menggunakan porselin dari wilayah Arita dan Imari. Ramai tetamu boleh membeli produk porselin selepas menjamu selera di restoran-restoran kami dan benar-benar melihat dan merasakan bagaimana mereka digunakan untuk menyerlahkan lagi makanan. Tahun ini menandakan kali ke-38 pameran ini telah diadakan, dan ia merupakan satu gambaran tentang minat yang mendalam di dalam produk porselin Arita dan Imari. Pameran ini juga direka untuk menyediakan kepada tetamu antarabangsa kami, yang mencakupi lebih dari 75% daripada keseluruhan jumlah tetamu, dengan satu peluang untuk menikmati keindahan produk proselin tradisional Arita dan Imari dari Jepun. Pameran tahun ini akan memberi tumpuan kepada porselin "Ko-Karatsu" dan "Ko-Imari" yang diwujudkan di pulau di sebelah selatan Kyushu. "Ko-Karatsu" dikenali kerana ketegapan dan ciri-cirinya yang biasa semasa pemerintahan Maharaja Toyotomi pada akhir abad ke-16. "Ko-Imari" menjadi barang seni yang popular di kalangan aristokrat Eropah semasa Zaman Edo pada abad ke-17. Barang-barang porselin yang indah yang dibuat oleh pembuat tembikar terkenal yang telah berkembang sepanjang lebih 400 tahun dalam sejarah seni itu akan dipamerkan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11164

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page