top of page

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGUMUMKAN PELANTIKAN DUA AHLI LEMBAGA DAN PENGERUSI BAHARU

  • tuntastinta
  • Jun 7, 2018
  • 2 min read

Tokoh daripada sekolah perniagaan Berkeley, Duke & Emory membawakan lebih kepakaran kepada organisasi RESTON, Va., 6 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global sukacita mengumumkan penambahan dua orang ahli dan seorang pengerusi baharu untuk lembaga pengarahnya. Penggal mereka bermula pada 1 Julai 2018, sama dengan pengerusi yang permula pada 1 Julai. Dr. Bill Boulding, dekan Duke University’s Fuqua School of Business akan mempengerusikan lembaga tersebut. Ahli lembaga pengarah baharu terdiri daripada Erika James, John H. Harland dekan Goizueta Business School, Emory University dan Peter Johnson, penolong dekan, Program MBA sepenuh masa dan pemasukan, Haas School of Business di University of California, Berkeley. Tempoh penggal untuk pengerusi lembaga ialah dua tahun manakala ahli lembaga empat tahun. Dr. William “Bill” Boulding ialah dekan Duke University’s Fuqua School of Business. Sebelum ini, beliau telah menyandang beberapa jawatan dalam sekolah tersebut termasuklah pemangku dekan dan dekan madya untuk program MBA Daytime (sepenuh masa). Dr. Boulding berazam untuk membantu meningkatkan perniagaan untuk kebaikan. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis World Economic Forum untuk Nilai. Atas jemputan White House, Dr. Boulding telah mendapat penghormatan untuk berkhidmat dan membangunkan amalan terbaik untuk sekolah perniagaan menggalakkan kejayaan dalam kalangan wanita dan keluarga yang bekerja sebagai salah satu inisiatif bersama Majlis Wanita dan Gadis dan Majlis Penasihat Ekonomi White House. “Saya berbangga untuk berkhidmat sebagai pengerusi GMAC,” kata Boulding. “Kita berada pada masa transformasi yang besar dalam pendidikan perniagaan siswazah. Kita perlu kekal relevan dalam dunia hari ini dan saya teruja dengan inovasi yang menanti industri. Saya percaya pada kuasa pendidikan perniagaan dalam membangunkan tokoh yang boleh menggunakan perniagaan untuk mentransformasikan dunia menjadi lebih baik.” Erika James menjadi dekan John H. Harland di Goizueta Business School di Emory University pada Julai 2014. Seorang penyelidik yang berpengaruh dan pendidik yang telah menerima anugerah dengan semangat dalam perundingan dan penyampaian, beliau menekankan peranan pendidikan tinggi untuk memanfaatkan industri. James komited untuk meneruskan misi GMAC dengan minat yang tinggi untuk menyediakan penyelesaian bagi sekolah dan calon demi meneroka dan menilai sesama sendiri. Beliau percaya bahawa kejayaan pelajar terletak pada mencari sekolah yang tepat untuk mereka dan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan lembaga pengarah bagi menjayakan usaha ini. Di bawah kepimpinan James, Goizueta kekal sebagai salah satu sekolah perniagaan teratas dalam negara dengan trajektori menaik dalam kejayaan kerjaya pelajar dan kepimpinan berdasarkan fakulti. Sebagai pendidik, James telah memulakan pelbagai program Pendidikan Eksekutif, termasuk program Kepimpinan Wanita di Darden Graduate School of Business. Beliau juga komited untuk mencipta kesaksamaan jantina dan kaum. Pada tahun 2014, beliau telah mendapat penghormatan oleh Majlis Diversiti Antarabangsa. “Saya tidak sabar untuk menyertai lembaga pengarah GMAC,” kata James. “Perniagaan sama ada sebagai bidang atau idea mampu meningkatkan masyarakat dengan lebih lagi. GMAC berada di kedudukan yang sesuai untuk mempengaruhi masa hadapan pendidikan perniagaan selamanya. Saya bersedia untuk menggalas peranan dalam mencorakkan polisi dan tanggapan umum bersama tokoh-tokoh yang hebat ini.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11182

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page