SPM - SATU PEREDARAN KEPADA PENYATUAN BLOCKCHAIN
- tuntastinta
- Jun 7, 2018
- 2 min read
KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 30 Mei, 2018, Yayasan SPM mengumumkan di Kuala Lumpur, Malaysia, bahawa ia telah melancarkan Rangkaian Matriks Berpetak Super di pasaran Asia Tenggara. Ia juga telah mewujudkan pelan operasi dan peningkatan teknologi bagi rangkaian awam SPM di dalam mesyuarat berikutnya dengan pihak-pihak di dalam projek blockchainterpilih. Projek SPM (Matriks Berpetak Super) merupakan sebuah projek berkaitan awam berinovatif yang pertama yang dipimpin oleh sebuah yayasan kebajikan awam. Tujuannya adalah untuk menggunakan rantaian SPM bagi mengambil alih pengurusan dan penyatuan sumber untuk berbilang projek blockchain yang menghadapi kekurangan sistem dalaman bagi mencapai pembangunan ekologi mapan untuk projek-projek yang sedia ada. Masa pelancaran bagi pelan SPM itu adalah tidak ketara. Selepas mengalami pertumbuhan yang mendadak pada separuh pertama tahun 2018, pasaran blockchain itu secara beransur-ansur telah menjadi lebih rasional. Projek-projek yang memberi tumpuan kepada pembinaan prasarana blockchain dan lelaran teknikal telah menarik semakin banyak pelabur di dalam bidang teknologi, politik dan perniagaan. Namun bagi projek-projek yang mempunyai sumber yang agak berpecah dan kekuatan teknikal yang tidak mencukupi, adalah semakin sukar untuk bertahan di dalam persaingan sengit seperti itu. Walau bagaimanapun, SPM memberi tumpuan kepada pasaran kebajikan awam, memilih projek-projek blockchain yang sedia ada yang mempunyai potensi untuk pembangunan tetapi tidak mempunyai pasukan pengurusan yang mantap untuk menyokong desakan teknologi dan pengumpulan dana projek. Dengan kekuatan teknikal SPM, serta sumber operasi komuniti yang begitu banyak, pengurusan nilai pasaran, perhubungan pelabur, ekologi bagi projek asal dapat dicergaskan kembali dan terus berkembang. Dikenali dari masa majlis pelancaran itu, pelan SPM dibahagikan kepada langkah-langkah berikut:
Penyaringan projek, menerima sumbangan token blockchain;
Menyediakan sokongan kewangan dan pertukaran sumber kepada penyaringan projek di dalam perpustakaan projek SPM;
Menaik taraf teknikal bagi blockchain asal dan membangunkan rantaian utama SPM;
Dompet awan rasmi SPM akan diaktifkan secara dalam talian, menyokong tambah nilai rantaian lama dan pemetaan rantaian baharu;
Memindahkan projek-projek di dalam perpustakaan SPM kepada Token SPM, merealisasikan penyatuan pelbagai sumber dan membentuk sebuah rantaian awam yang maju dari segi teknologi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11176











Comments