top of page
Search

​PERSIDANGAN DUNIA BLOCKCHAIN BAKAL CIPTA SEJARAH SEBAGAI ACARA KRIPTO TERBESAR PERNAH DIADAKAN

  • tuntastinta
  • Jun 13, 2018
  • 2 min read

Dengan 8,000+ hadirin dan 120+ pempamer dijangkakan, Persidangan Dunia Blockchain akan menjadi acara terbesar dari segenap segi dalam dunia kripto ATLANTIC CITY, N.J., 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui CryptoCurrencyWire – Persidangan Dunia Blockchain, jenama global yang komited terhadap mengadakan acara kripto berkualiti paling tinggi hari ini mengumumkan kejayaannya dalam mendapatkan jumlah pelabur bertauliah dan senarai jurucakap terkemuka dunia yang banyak untuk Persidangan Dunia Blockchain akan datang. Dianjurkan oleh BWC Events, persidangan selama tiga hari ini dijadualkan berlangsung pada 11-13 Julai 2018 dan bertempat di Harrah’s Resort, Atlantic City, NJ. Persidangan Dunia Blockchain menyatukan pakar blockchain dan kripto terunggul dalam satu acara. Pakar industri, saintis, penganalisis, pendidik dan pemimpin akan muncul di pentas pada acara industri blockchain terbesar dan paling transformatif di dunia. Di Persidangan Dunia Blockchain, hadirin akan mendapat peluang unik untuk:

  • Berjumpa dan beramah mesra dengan pembangun blockchain terkemuka

  • Menjalin rangkaian dengan penggemar, pelabur dan syarikat blockchain

  • Mempelajari masa hadapan pembangunan blockchain

  • Menemui syarikat dan syarikat permulaan yang menggunakan pembiayaan awam ICO

  • Mengetahui cara untuk meningkatkan keselamatan aset kripto

  • Dan banyak lagi!

Acara ini akan dipenuhi pembentangan, perbincangan panel, seminar pendidikan, ucapan industri, acara rangkaian yang bernilai, pameran dan banyak lagi. Acara tersebut akan ditamatkan dengan ucapan utama oleh “budak nakal blockchain”, John McAfee. Acara yang menyeronokkan juga diselang-selikan pada persidangan tiga hari tersebut dengan parti suite VIP, golf, parti tarian dan banyak lagi. Ambillah peluang keemasan ini sambil menikmati keindahan dan keseronokan di Atlantic City! “Tiada tempat di dunia ini di mana anda boleh mempelajari dan memperolehi segalanya tentang blockchain selain Persidangan Dunia Blockchain,” kata Alex Falcone, Ketua Pegawai Operasi Persidangan Dunia Blockchain. “Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk menjadi sebahagian daripada sejarah blockchain di mana tokoh blockchain dan teknologi kewangan terbaik dunia berkumpul. Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum acara bermula, ribuan tiket telah dijual dan akan habis tidak lama lagi. Jangan ketinggalan!” Persidangan Dunia Blockchain dijangka akan menampilkan lebih daripada 120 pempamer dalam ruang pameran sebesar 50,000 kaki persegi. Lebih daripada 8,000 hadirin dijangka tiba, mewakili lebih 42 buah negara dan 25,000 penonton global yang menyaksikan acara tersebut melalui penstriman langsung. Diskaun Istimewa untuk Penstriman Langsung Seluruh Dunia dan Kehadiran Di Acara Untuk menjimatkan 10% bagi sebarang tiket, termasuk VIP, gunakan pautan berikut: POTONGAN 10% Persidangan Dunia Blockchain (atau masukkan kod promosi CRYPTOBWC semasa daftar keluar). Maklumat lanjut tentng persidangan tersebut boleh didapati di www.BWCevent.com Perihal BWC Events BWC Events sedar bahawa dunia blockchain baharu sedang berevolusi pada kadar yang pesat dan teknologi di sebalik blockchain sendiri mempunyai potansi untuk menyentuh dan memberi kesan signifikan terhadap hampir setiap usaha manusia. Penganjur acara ini yakin bahawa industri yang bersatu adalah lebih teguh dan industri blockchain akan mendapat manfaat yang banyak daripada kumpulan set minda yang padu. BWC Events bermatlamat untuk meningkatkan penerimaan global terhadap teknologi blockchain dengan mencipta dan meningkatkan kesedaran tentang faedah blockchain serta menyebarluaskan kesedaran kripto. Semua orang dialu-alukan untuk menyertai pergerakan yang semakin berkembang ini demi membangkitkan kesedaran tentang blockchain dan meluaskannya ke ruang baharu dalam masyarakat dan industri. BWC Events www.BWCevent.com Philadelphia, Pennsylvania info@BWCevent.com 657.464.7195 Pejabat Hubungan Komunikasi Korporat CryptoCurrencyWire (CCW) New York, New York www.CryptoCurrencyWire.com 212.418.1217 Pejabat Editor@CryptoCurrencyWire.com Sumber : BWC Events --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page