top of page
Search

SILURIA TECHNOLOGIES DAN SAUDI ARAMCO TECHNOLOGIES COMPANY BEKERJASAMA UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGHASIL

  • tuntastinta
  • Jun 18, 2018
  • 2 min read

SAN FRANCISCO, 14 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Saudi Aramco Technologies Company, subsidiari syarikat minyak terbesar di dunia dan Siluria Technologies, peneraju teknologi proses unik untuk industri petro kimia dan tenaga telah memperolehi lesen teknologi berbilang loji untuk menyepadukan teknologi proprietari Siluria (gas asli ke olefin) dengan teknologi proses pemecahan olefin tinggi milik Saudi Aramco. Teknologi gas-asli-ke-olefin Siluria yang berdasarkan penggandingan oksidaan kimia metana boleh dilesenkan dalam konfigurasi tersendiri dan juga disepadukan dalam pelbagai jenis loji pemproses sedia ada, termasuk pemecah stim, unit pendehidrogenan propana, loji penapis minyak dan loji metanol. Dengan menggabungkan teknologi Siluria dengan kemudahan sedia ada, pengendali boleh menaik taraf aliran produk sampingan yang mengandungi metana, justeru mengurangkan karbon dan meningkatkan kadar penghasilan. Robert Trout, Presiden dan CEO Siluria berkata, “Penukaran metana yang mengandungi gas lepas kepada bahan kimia bernilai tinggi akan menambah nilai ekonomi, manakala penyepaduan loji mampu menyumbang kepada keberkesanan modal. Kami gembira untuk bekerjasama dengan syarikat seperti Aramco demi menghasilkan kemudahan petrokimia dengan teknologi yang paling canggih dalam industri.” “Sambil kami melayani pelanggan di seluruh dunia, klien kami membantu kami meneroka cara baharu untuk menggunakan teknologi kami demi meningkatkan ekonomi, pengendalian dan kelestarian loji pemproses sedia ada,” tambah Trout. Ahmad Al Khowaiter, Ketua Pegawai Teknologi Saudi Aramco memberi komen, “Salah satu objektif utama dalam strategi teknologi hiliran kami adalah memaksimumkan hasil produk kimia bernilai tinggi daripada projek pemprosesan minyak mentah pada masa hadapan.” Beliau menambah, “Kami mendapati teknologi “gas ke olefin” Siluria sangat sesuai untuk sesetengah konfigurasi loji dan bersedia untuk bekerjasama dengan Siluria untuk merealisasikan nilai pemprosesan ini.” Perihal Siluria: Siluria Technologies merintis penghasilan komersial bahan api dan kimia daripada gas asli dan keluaran sampingan bernilai rendah. Teknologi proprietari Siluria memberikan penyelesaian untuk cabaran industri petrokimia global seperti harga komoditi yang tidak tetap, corak bekalan dan permintaan yang sering berubah, peraturan alam sekitar yang semakin ketat dan teknologi konvensional yang memakan modal yang tinggi. Teknologi proses dan pemangkin Siluria yang baharu menggabungkan bahan nano, pembangunan pemangkin dan kejuruteraan kimia untuk menukarkan gas asli menjadi produk yang lebih bernilai melalui proses berkesan yang boleh diintegrasikan dengan mudah ke dalam infrastruktur industri sedia ada. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Siluria, lawati www.siluria.com Perihal Saudi Aramco Saudi Aramco adalah peneraju dunia dalam tenaga dan kimia bersepadu, yang dipacu oleh keyakinan bahawa tenaga ialah peluang. Daripada menghasilkan kira-kira satu daripada lapan tong bekalan minyak mentah dunia hingga membangunkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami mencipta impak positif dalam semua usaha kami. Kami berfokus untuk menjadikan sumber kami lebih lestari dan lebih berguna, lantas memupuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran jangka panjang di seluruh dunia. A photo accompanying this announcement is available at http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ba40bd87-c5dd-46da-9cba-832eae091fb1 Siluria Technologies Beverly Jernigan +1(713)494-1733 beverly@beverlypr.com Hubungan Hubungan Media Antarabangsa Saudi Aramco E-mel: international.media@aramco.com Sumber : Siluria Technologies --BERNAMA

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page