PENGAMBILAN MBA ADALAH KUAT, DENGAN 4 DARIPADA 5 SYARIKAT MERANCANG UNTUK MENGAMBIL SISWAZAH BEKERJ
- tuntastinta
- Jun 25, 2018
- 2 min read
Siswazah MBA Meminta Gaji yang Tinggi RESTON, Va., 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah mengeluarkan laporan tinjauan tahunannya yang ke-17, laporan Tinjauan Perekrut Korporat GMAC 2018 dan dapatan menunjukkan pengambilan MBA masih kuat. Secara keseluruhan, 81 peratus syarikat yang memberi maklum balas merancang untuk mengambil siswazah MBA bekerja pada 2018. Di kalangan semua responden dari seluruh dunia, 52 peratus syarikat merancang untuk meningkatkan gaji asas permulaan MBA pada tahun ini. Di seluruh dunia, siswazah MBA terus meminta gaji yang tinggi relatif dengan pengambilan terus dari industri dan pengambilan sarjana muda. Median terunjur gaji asas permulaan untuk siswazah MBA terbaru di Amerika Syarikat pada 2018 adalah US$105,000, berbanding US$85,000 untuk pengambilan baharu terus daripada industri dan US$65,000 untuk pengambilan baharu sarjana muda. Data menunjukkan sedikit penurunan dalam unjuran pengambilan di kalangan majikan AS dan Eropah berbanding kepada rancangan pengambilan 2017: 85 peratus syarikat AS dan 64 peratus syarikat Eropah yang memberi maklum balas merancang untuk mengambil siswazah MBA baharu bekerja pada 2018. Permintaan untuk bakat MBA adalah terkuat di Asia Pasifik, yang mana 90 peratus majikan yang memberi maklum balas merancang untuk membuat pengambilan MBA pada 2018—bahagian yang sama seperti tahun lalu. “Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah melihat trend positif dalam pengambilan siswazah MBA dan sarjana perniagaan,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Siswazah meminta pampasan yang tinggi dan syarikat telah menaikkan gaji permulaan. Pengurangan dalam jumlah hasrat pengambilan untuk AS dan Eropah mencerminkan kadar pertumbuhan ekonomi global yang dapat kita lihat serta isu politik lazim dan mobiliti pelajar. Di rantau Asia Pasifik, unjuran pengambilan kekal kuat. Daripada analisis secara keseluruhan, kami melihat bahawa pengambilan secara keseluruhan MBA adalah kuat, namun kami melihat percampuran anjakan secara geografik.” Tinjauan juga mendapati bahawa hasrat majikan AS untuk mengambil siswazah sekolah perniagaan antarabangsa telah menurun pada tahun ini. Empat puluh tujuh peratus syarikat merancang untuk atau sanggup untuk mengambil bakat antarabangsa bekerja pada 2018, menurun daripada 55 peratus yang membuat perancangan sedemikian pada 2017. Sebagai perbandingan, majikan Eropah mempunyai peratusan yang lebih kurang sama dalam merancang untuk atau sanggup untuk mengambil bakat antarabangsa bekerja pada 2018 (65 peratus) berbanding 2017 (64 peratus). “Hasrat yang dinyatakan oleh majikan AS ini dalam pengambilan siswazah antarabangsa bekerja adalah berpotensi daripada maklum balas kepada perubahan – atau perubahan berpotensi – kepada peraturan visa dan imigresen,” kata Chowfla. “Walaupun peraturan visa H1-B masih belum berubah, terdapat persepsi bahawa ia mungkin berubah pada masa akan datang dan sesetengah majikan mungkin menunggu untuk melihat situasi yang akan terjadi. Pasaran pekerjaan di AS pada masa kini adalah teguh dan syarikat sentiasa perlu menilai prospek mereka dan cara terbaik untuk mengisi jawatan kosong mereka dengan bakat yang menyerlah.” Jamie Belinne ialah Penolong Dekan di Kolej Perniagaan Bauer, Universiti Houston dan Presiden Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kerjaya dan Perikatan Majikan MBA (MBA CSEA), yang telah bekerjasama dengan GMAC pada Tinjauan Perekrut Korporat. “Tinjauan GMAC mencerminkan Tinjauan Trend Perekrut MBA CSEA terbaru, yang mana 68% daripada sekolah menunjukkan penurunan dalam pengambilan untuk pelajar antarabangsa MBA sepenuh masa berbanding masa yang sama pada tahun lepas,” kata Belinne. “Hasilnya, banyak sekolah lebih aktif untuk mempromosikan pencarian kerja global serta mencipta hubungan dengan majikan di negara asal para pelajar.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11221
Comments