GMAC MELANCARKAN INISIATIF 'BELAJAR DI CHINA' SEMPENA PERKONGSIAN DENGAN 11 SEKOLAH PERNIAGA
- tuntastinta
- Jun 25, 2018
- 3 min read
BEIJING dan HONG KONG, 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 22 Jun, Graduate Management Admission Council (GMAC) berganding bahu dengan 11 sekolah perniagaan terkemuka di China untuk melancarkan inisiatif “Belajar di China”. Perkongsian ini menandakan pembukaan platform interaktif untuk pelajar antarabangsa di 20 rantau Belt and Road (B&R) untuk meneroka peluang di China dan mendapatkan pengajian tinggi dalam bidang berkaitan perniagaan. Inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk memenuhi permintaan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat serta menjulang China sebagai destinasi pengajian bertaraf dunia dan hab pendidikan perniagaan global. Portal dalam talian “Belajar di China” (www.studyinchinamba.com) yang dilancarkan secara rasmi hari ini membolehkan pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang perihal pembelajaran dan menetap China. Laman web bahasa Inggeris yang baru direka itu menghubungkan bakal pelajar dengan sekolah perniagaan yang terlibat dan menawarkan akses maklumat untuk membantu mereka memilih sekolah yang sesuai bagi pembelajaran mereka di China. Gerbang GMAC membimbing pemohon antarabangsa dari rantau Belt and Road di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah menerusi langkah yang diperlukan untuk mula belajar di salah satu negara dengan ekonomi paling dinamik di dunia. Ia menawarkan maklumat terperinci dan nasihat orang dalam tentang sekolah dan program yang tersedia, termasuklah struktur program antarabangsa, gambaran keseluruhan sukatan pelajaran, keperluan pemasukan, masa permohonan, kemudahan kampus, biasiswa dan bantuan kewangan. Pelajar juga boleh memilih untuk menghubungi sekolah dengan mudah untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui portal sehenti GMAC. Untuk memberi imbasan kepada peluang hebat yang tersedia, GMAC akan mengadakan pertandingan “Belajar di China” dari 22 Jun hingga 31 Ogos. Peserta perlu menghantar esei pendek tentang sebab-sebab mereka mahu belajar di China untuk memenangi perjalanan pergi balik ke China. Tiga pemenang terpilih akan memenangi penerbangan kelas ekonomi dan penginapan kampus untuk melawat sekolah perniagaan yang dimahukan serta merasai sendiri pengalaman sekolah dan kehidupan kampus. Rakan kongsi baharu inisiatif dengan sekolah perniagaan paling berprestij China yang terletak di Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Institusi dengan ranking tinggi tersebut termasuklah Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University; China Europe International Business School; CUHK Business School, The Chinese University of Hong Kong; School of Management, Fudan University; HKUST Business School, The Hong Kong University of Science and Technology; Guanghua School of Management, Peking University; Business School, Renmin University of China; School of Economics and Management, Tsinghua University; BiMBA Business School of the National School of Development, Peking University; Cheung Kong Graduate School of Business; dan HKBU School of Business, Hong Kong Baptist University. En. Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC mengumumkan bahawa GMAC berbesar hati untuk mencipta peluang pendidikan perniagaan untuk bakal pelajar. Beliau percaya yang “Langkah ini akan menemukan bakat luar negara dengan peluang yang tepat untuk cemerlang di sekolah dan program perniagaan terkemuka China di samping memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar sepanjang tempoh masa pengajian luar negera mereka.” En. Chowfla menekankan pemerhatian GMAC selama beberapa tahun ini bahawa China mempunyai potensi “untuk menjadi destinasi pembelajaran paling popular.” Menurut beliau, inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk meningkatkan profil sekolah perniagaan di China dan mempamerkan nilai pendidikan perniagaan kepada calon antarabangsa. Profesor Lu Xiongwen, Dekan Fakulti Pengurusan di Fudan University melahirkan ucapan tahniah atas pelancaran inisiatif baharu tersebut dan mengalu-alukan bakal pelajar yang ingin datang belajar di China. Beliau memetik peribahasa Cina yang bermaksud, “Amalan lebih mendalam daripada pengetahuan teori,” menandakan bahawa program-program ini akan membuka pintu kepada pemahaman baharu. “Saya percaya pengalaman pengajian ini akan menunjukkan kepada anda gambaran keseluruhan trend ekonomi China pada masa kini dan akan datang, keunikan model perniagaan China dan juga ciri berbeza pasaran China dan pasaran global,” kata Prof. Lu. “Anda juga akan memperolehi peluang untuk mempelajari dan menghargai budaya China yang dipenuhi sejarah beribu tahun lamanya.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11222
Comments