TELENOR MEMILIH PENERAJU PENGURUSAN BELANJA PERNIAGAAN, COUPA UNTUK MEMACU INISIATIF PEMEROLEHAN-UNT
- tuntastinta
- Jun 25, 2018
- 1 min read
Coupa akan membolehkan syarikat telekomunikasi global itu memperkemas pembelian patuh polisi SAN MATEO, Calif., 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Coupa Software (NASDAQ:COUP), peneraju pengurusan belanja perniagaan (BSM) hari ini mengumumkan bahawa Telenor, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar dunia telah memilih Coupa untuk mentransformasikan keupayaan pemerolehan globalnya, justeru mendorong keberkesanan untuk pekerjanya yang seramai 25,000 orang. Penyedia perkhidmatan global, KPMG akan memberi sokongan kepada langkah tersebut. “Telenor sedang mengorak langkah untuk memulakan proses transformasi digital, antaranya untuk mendigitalkan dan meringkaskan proses dalaman,” kata Jon Omund Revhaug, CEO Telenor Procurement Company. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Coupa dan KPMG sebagai rakan kongsi dalam usaha ini kerana kepakaran subjek yang mendalam dan inovasi mereka pasti menjanjikan hasil yang berkesan.” Peneraju telekomunikasi tersebut akan memulakan projek rintis untuk pekerja di Denmark dan Singapura diikuti dengan penggunaan menyeluruh untuk Unit Perniagaan Telenor di Norway, Sweden dan seluruh Asia. Projek itu akan meringkaskan pembelian patuh polisi untuk 25,000 orang pekerja Telenor yang menyediakan perkhidmatan untuk 178 juta pelanggan di seluruh dunia. “Memperkemas proses pemerolehan-untuk-bayar dan menjadikannya standard di seluruh kawasan perniagaan Telenor di Eropah dan Asia memerlukan penyelesaian yang boleh diaplikasikan dengan cepat dan mudah dikonfigurasi dalam awan,” kata Revhaug. “Kami berbesar hati untuk bekerja dengan Telenor pada projek ini untuk meningkatkan keterlihatan proses BSM syarikat tersebut,” kata Mark Riggs, ketua pegawai pelanggan Coupa. “Telenor memerlukan platform awan yang moden dan cergas serta pendekatan penggunaan yang berfokus hanya terhadap hasil periagaan yang dimahukan. Kami teruja apabila Telenor memilih Coupa dan KPMG untuk memainkan peranan utama dalam transformasi ini.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11219
Comments