top of page
Search

OAG LANCAR MAJLIS PELANGGAN TAHUNAN MEREKA DI BEIJING

  • tuntastinta
  • Jun 28, 2018
  • 2 min read

Inovasi melalui kerjasama diraikan ketika pemimpin dari sektor penerbangan, pelancongan dan akademik membincangkan trend baru muncul dan perkembangan di ibu negara China itu. BEIJING, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal terkemuka dunia bagi maklumat penerbangan digital, telah berjaya menganjurkan Meja Bulat China 2018 di Beijing untuk melancarkan inisiatif Majlis Pelanggan OAG mereka yang baharu; sebuah forum elit yang melalui jemputan sahaja yang bertemu di sebuah bandar pintu masuk yang berbeza untuk membincangkan peluang-peluang dan cabaran-cabaran industri penerbangan strategik. Beberapa isu penting yang dibincangkan pada Meja Bulat China 2018 itu termasuk kelonggaran bagi dasar "satu laluan, sebuah syarikat penerbangan", kesan daripada pembukaan Lapangan Terbang Baharu Beijing dan pengaruh teknologi di dalam ekosistem perjalanan. Beijing telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung itu memandangkan China kini menjadi pasaran udara yang terbesar di dunia, merupakan sebuah peneraju serantau di Asia Pasifik bagi pertumbuhan penumpang udara, lapangan terbang dan perkembangan laluan dan penerimaan bagi teknologi tempahan dan pencarian perjalanan baharu. China telah menjadi pasaran yang paling pesat berkembang untuk OAG, yang menyampaikan lebih daripada 54 juta kemas kini status penerbangan dinamik pada setiap tahun. "Majlis Pelanggan OAG itu menyediakan satu sudut pandangan baharu di mana kita semua dapat belajar dan berkembang bersama untuk menghadapi cabaran yang dihadapi oleh sektor penerbangan yang cepat berubah," kata Vipul Nakum, Ketua Pegawai Produk bagi OAG. "Dengan bermula di Beijing, modal dinamik bagi China, mesyuarat peringkat tinggi ini di bandar-bandar raya global yang strategik akan membantu kami untuk memperkukuhkan perhubungan kami dengan tokoh-tokoh penting di dalam sektor penerbangan dan perjalanan dan pelancongan, berkongsi pandangan eksklusif dan membolehkan pelanggan kami untuk mempengaruhi strategi pembangunan produk kami." Direka sebagai satu daripada bahagian intrinsik bagi pembangunan produk dan perkhidmatan OAG, Majlis Pelanggan OAG itu terdiri daripada satu kumpulan kecil yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pendapat penting di dalam penerbangan, perjalanan dan pelancongan dan pendidikan, dan bertemu sekali setahun di sebuah bandar raya global yang strategik. Kumpulan delegasi menikmati peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka, bercakap mengenai cabaran perniagaan mereka dan mengambil pandangan yang didorong oleh data yang eksklusif. Selepas mesyuarat itu, setiap peserta menerima kemas kini suku tahunan untuk menilai prototaip konsep dan produk OAG yang baharu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11224

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page