SATU KEMPEN BELI-BELAH MUSIM PANAS TERSEBAR MERENTASI 4 PUSAT BELI-BELAH DI KAWASAN ODAIBA!
- tuntastinta
- Jun 30, 2018
- 1 min read
TOKYO, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bertepatan dengan percutian musim panas dari 1 hingga 31 Ogos, hampir 480 buah kedai yang terletak di Aqua City Odaiba (Pengurusan Hartanah Mitsubishi Jisho Retail), VenusFort (Bangunan Mori), DiverCity Tokyo Plaza (Pengurusan Mitsui Fudosan Retail) dan DECKS Tokyo Beach (Pengurusan Tokyu Land SC), dengan kerjasama Visa Worldwide, akan menganjurkan Minggu Beli-belah Tokyo di ODAIBA, satu acara beli-belah yang disasarkan kepada pengunjung luar negara yang melawat Jepun.
Dengan secara aktif mendekati pelancong, empat pusat membeli-belah ini berharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kawasan Odaiba pada tahun-tahun menjelang tahun 2020.
Semasa tempoh kempen ini, pembeli-belah dari luar negara yang berbelanja 1,000 yen atau lebih akan layak untuk menerima satu kad gores dengan satu peluang untuk memenangi sebuah baucer beli-belah bernilai sehingga 10,000 yen. Kad gores akan diedarkan untuk setiap urus niaga bernilai 1,000 yen, dengan satu kad tambahan diberikan kepada pembeli-belah yang menggunakan kad Visa. Kad gores yang menang boleh digunakan untuk tempoh kempen itu bagi membeli-belah dan menjamu selera di semua kedai yang mengambil bahagian.
Untuk membantu pengunjung mendapatkan pengalaman Odaiba mereka yang semaksimum mungkin, peta-peta khas dengan maklumat mengenai kempen itu dan kawasan sekelilingnya akan diedarkan dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Cina tradisional di kemudahan yang mengambil bahagian serta di aras ketibaan di lapangan terbang antarabangsa Narita dan Haneda.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11237
Comments