top of page
Search

28Mall.com anjur karnival, anugerah individu berpengaruh Asia

  • tuntastinta
  • Jul 13, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Platform membeli belah atas talian merentas sempadan, 28Mall.com, akan melancarkan Karnival dan Anugerah Individu Berpengaruh Asia (AICA) 2018 pada 17 Julai di sini memperkenalkan pemilik perniagaan kepada kuasa pemasaran individu berpengaruh. Karnival akan menampilkan individu berpengaruh seperti model selebriti Amber Chia, pemandu drift Ashley Wong dan Lin Yuan Shan dari China yang mempunyai 2.3 juta peminat, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Penceramah lain termasuk Kenny Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Muzik Universal, Fione Tan, Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com dan 28Mall.com, dan Garry Chua, Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia. Acara makan malam gala dan pertandingan akhir ratu turut diadakan pada karnival tersebut. Mereka yang berminat untuk menyertai boleh mendaftar di www.AsiaInfluencers.com dengan kod E1NET untuk mendapatkan diskaun 50 peratus (terhad kepada lapan tiket sahaja) atau hubungi 03-2284 6418 untuk pertanyaan lanjut. -- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page