top of page
Search

TOKENPAY DAN LITECOIN MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK KRIPTO YANG MELUAS

  • tuntastinta
  • Jul 13, 2018
  • 1 min read

Litecoin Foundation memperolehi 9.9% daripada WEG Bank Jerman dan bersetuju untuk membekalkan teknologi bertaraf dunia dan kepakaran pemasarannya kepada TokenPay dan beberapa inisiatif blockchainnya, termasuklah:

  • Mata Wang Kripto TPAY

  • Pertukaran Tak Terpusat eFin (DEX)

  • Pengurusan Aset TokenSuisse

  • Platform FinTech WEG Bank

  • Jentera Transaksi Berbilang Tandatangan

LUCERNE, Switzerland, 12 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Baru-baru ini, TokenPay Swiss AG telah mengumumkan perkongsiannya dengan WEG Bank di Jerman. Di bawah terma rundingan yang diumumkan sebelum ini, TokenPay memperolehi 9.9% bank tersebut serta pilihan untuk membeli kira-kira 90% keseluruhan daripada bank sementara menunggu pengesahan undang-undang. Hari ini, saham 9.9% dalam WEGBank diniagakan lagi kepada Litecoin Foundation dengan pertukaran perjanjian perkhidmatan teknologi dan pemasaran yang meluas dan komprehensif untuk TokenPay serta operasi perniagaan dan mata wang kriptonya. Hasil daripada perkongsian ini, TokenPay dan Litecoin telah bergabung menjadi kuasa peneraju dalam mencipta dan membawa penyelesaian kripto moden FinTech berdasarkan pengguna ke pasaran. Hal ini bermakna TokenPay akan mendapat manfaat langsung daripada keupayaan penjenteraan blockchain tahap tinggi Litecoin. Perkongsian ini akan berfokus terhadap beberapa kawasan utama yang telah dikenal pasti oleh penganalisis sebagai sangat penting untuk kejayaan syarikat itu. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mata wang kripto TPAY dan blockchainnya yang penting, pertukaran tak terpusat eFin (DEX) dan coin EFIN, pengurusan aset TokenSuisse dan produk kewangan berstruktur, platform FinTech WEG Bank termasuklah kad debit yang mendapat permintaan tinggi dan Jentera Transaksi Berbilang Tandatangan TokenPay yang direka untuk memproses pembayaran e-dagang kripto dengan pantas dan selamat untuk pedagang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11256

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page