top of page
Search

PBS tawar kursus dua hari analisis perakaunan untuk bukan akauntan

  • tuntastinta
  • Jul 14, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan kursus dua hari dalam perakaunan dan analisis kewangan untuk bukan akauntan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PBS berkata kursus itu disasarkan kepada semua peringkat pengurusan, ketua jabatan, usahawan dan pemilik perniagaan yang ingin mempelajari asas-asas pengurusan kewangan.

Pada akhir program, peserta akan dapat menafsirkan dan menganalisis penyata kewangan dan nisbah kewangan penting. Mereka juga akan memahami nilai pulangan dan prestasi syarikat atau projek, serta mengenali faktor-faktor yang diperlukan dalam analisis kewangan dan mengetahui batasan penyata kewangan.

Fasilitator kursus Dr Ahmed Razman Abdul Latiff merupakan pensyarah kanan di PBS dengan pengalaman luas dalam pengurusan risiko, tadbir urus institusi, tadbir urus korporat dan sistem kawalan dalaman.

Beliau sering dirujuk pihak media bagi mendapatkan pendapatnya tentang ekonomi, kewangan, etika dan tadbir urus korporat.

Kursus berkenaan yang dijadualkan pada 25 dan 26 Julai, akan diadakan di Bangunan TNCPI di UPM mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kos setiap peserta adalah RM1,900 manakala Alumni dan kakitangan PBS dan UPM berhak mendapat diskaun 10 peratus manakala peserta yang mendaftar sebagai trio layak mendapat diskaun 15 peratus.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook PBS, www.putrabusinessschool.edu.my atau e-mel: amirul@putrabs.edu.my atau hubungi 010-878 5336.

-- BERNAMA

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page