top of page
Search

PERTUNJUKAN UDARA FARNBOROUGH 2018 MENANDAKAN DEBUT KABIN ATMOSPHÉRE BAHARU BOMBARDIER

  • tuntastinta
  • Jul 19, 2018
  • 1 min read

MONTRÉAL, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mendedahkan ruang dalam pesawat CRJ Series pertama dengan rekaan kabin ATMOSPHÈRE pada hari pembukaan Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom. Bombardier mempamerkan kabin baharu itu bersama pengendali pelancaran Delta Air Lines dan pembekal, Zodiac Aerospace semasa pembukaan rasmi pertunjukan udara tersebut. “Produk kami telah berevolusi. Rekaan kabin ini mewakili inovasi terkini untuk program jet serantau kami yang berjaya,” kata Fred Cromer, Presiden Pesawat Komersial Bombardier. “Rekaan kabin ini akan menambah nilai kepada syarikat penerbangan. Kami telah pun menerima maklum balas yang positif daripada momentum yang kami perolehi di pasaran.” Pesawat CRJ900 yang dipamerkan secara pegun di pertunjukan itu dicat dengan hiasan Delta Air Lines dan mempunyai kabin ATMOSPHÈRE. Bombardier juga akan menonjolkan diri dengan mempamerkan pesawat Q400 dengan hiasan Ethiopian Airlines dan juga pesawat peribadi Global 6000 yang menampilkan Kabin Premier di pertunjukan udara itu yang berlangsung pada 16-20 Julai. Pameran pegun Bombardier dan chalet terletak di OE26 dan A5. Perihal kabin ATMOSPHÈRE Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan setiap penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com Perihal Pertunjukan Udara Farnborough https://www.farnboroughairshow.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11265

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page