top of page
Search

​POLYPLASTICS MENGGUNAKAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER (CAE) UNTUK MERAMALKAN UBAH BENTUK BAHAGIAN

  • tuntastinta
  • Jul 20, 2018
  • 2 min read

TOKYO, 18 Julai, 2018 /Kyodo JBN- AsiaNet/ -- Polyplastics Co., Ltd., sebuah pembekal kejuruteraan global yang terkemuka bagi termoplastik kejuruteraan, berjaya di dalam menggunakan analisis kejuruteraan berbantu komputer (CAE) untuk meramalkan ubah bentuk bahagian semasa proses balikan ketika menghasilkan bahagian alat penyambung yang diperbuat daripada polimer kristal cecair (LCP). Alat penyambung LCP ini semakin banyak digunakan di dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan suis, bersama-sama dengan aplikasi yang berkaitan dengan automotif. (Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807125935-O2-w90Lnci0) (Image: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807125935-O1-785s5kzE) Bahagian LCP boleh berkembang dengan ketara dalam keadaan suhu tinggi bagi proses balikan yang boleh memberi kesan buruk kepada kerataan produk akhir. Oleh kerana ubah bentuk haba boleh menyebabkan perekatan yang lemah hasil daripada pematerian yang tidak mencukupi kepada terminal logam, ia adalah penting bagi mencari jalan untuk mengurangkan ubah bentuk haba, terutamanya ketika pasaran melihat permintaan yang semakin meningkat bagi alat penyambung yang lebih kecil. Sebagai respons, Polyplastics melihat kepada CAE dan mula menimbangkan ramalan ubah bentuk di peringkat reka bentuk bagi artikel yang dipateri di dalam proses balikan. LCP seperti resin LAPEROS (R) Polyplastics dicirikan oleh struktur molekul yang tegar yang sukar untuk dilentur, dan memiliki sangat sedikit tingkah laku molekul bercantum yang lazim dengan kebanyakan polimer. Akibatnya, mereka memberikan ketepatan dimensi dan rintangan haba yang sangat baik, dan menangani suhu balikan yang tinggi di dalam proses perekatan pateri. Polyplastics telah mengenal pasti tiga tahap ubah bentuk yang boleh diramalkan oleh analisis CAE. Ini termasuk ubah bentuk permulaan pasca pembentukan (warpage), pada ubah bentuk haba puncak terutamanya disebabkan oleh kesan daripada pengembangan haba di samping pengecutan pasca pembentukan, dan ubah bentuk pasca penyejukan terutamanya yang disebabkan oleh kesan daripada pengecutan haba. Polyplastics akan terus berusaha di dalam pembangunan teknologi analisis CAE untuk mempertingkatkan ketepatannya dan mengembangkan jangkauan kebolehgunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.polyplastics.com/en/support/desn/cae2/index.vm LAPEROS (R) adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan di negara-negara lain.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11268

 
 
 

댓글


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page